Akta Hasutan 1948 masih diperlukan bagi menghalang tindakan dan ancaman puak pelampau yang tidak mahu melihat negara ini berada dalam keadaan bersatu-padu tanpa mengira agama dan kaum.
Presiden Majlis Senator Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata disebabkan itu negara luar terutamanya Amerika Syarikat tidak perlu mencampuri urusan pentadbiran negara ini dengan mempertikaikan keputusan kerajaan mengekalkan akta berkenaan.
"Kami berharap negara-negara lain khususnya Amerika Syarikat tidak campur tangan dalam hal mengawal keadaan di negara kita yang mempunyai akta-akta tertentu untuk menentukan kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, pada Isnin.
Abdul Rahim mengulas tindakan Naib Presiden Amerika Syarikat Joe Biden yang dilaporkan menyuarakan 'kebimbangan' mengenai Akta Hasutan yang dikekalkan oleh Malaysia baru-baru ini.
Dalam tweet itu, Biden menyatakan: "Di tengah-tengah hubungan Amerika Syarikat-Malaysia yang semakin berkembang, tindakan kerajaan Malaysia menggunakan sistem perundangan dan Akta Hasutan bagi mengekang pembangkang telah menimbulkan kebimbangan mengenai kedaulatan undang-undang."
Pada 27 Nov lepas, semasa Perhimpunan Agung Umno 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan dengan mengambil kira pandangan rakyat, akta itu dikekalkan dengan cadangan pindaan memasukkan dua peruntukan khas bagi mengukuhkan lagi akta berkenaan.
Abdul Rahim berkata Biden sepatutnya menyelesaikan masalah dalaman negaranya terlebih dahulu, antaranya isu penjara Teluk Guantanamo yang menempatkan pesalah tanpa perbicaraan yang masih kekal beroperasi dan kekerasan polis berkulit putih terhadap rakyat berkulit hitam, sebelum mempertikaikan keputusan kerajaan negara luar.
Beliau menegaskan bahawa kepimpinan negara lebih mengetahui pendekatan terbaik untuk rakyat Malaysia kerana mereka lebih memahami dan mengetahui cara mengurus serta mentadbir negara ini yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama.
"Kami penuh yakin bahawa keputusan kerajaan untuk mengekalkan akta ini dapat melindungi kesejahteraan rakyat tanpa menggugat kestabilan negara," katanya.
Bernama
Tue Dec 09 2014
![Akta Hasutan diperlukan untuk halang ancaman puak pelampau - Majlis Senator Akta Hasutan diperlukan untuk halang ancaman puak pelampau - Majlis Senator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/61418052730_295x200.jpg)
ABDUL RAHIM: Negara luar terutamanya Amerika Syarikat tidak perlu mencampuri urusan pentadbiran negara ini. -Gambar: parlimen.gov
![Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721196548_NurFarahKartiniT.jpg)
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
![Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719905942_AzalinaOthman.jpg)
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
![Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194556_rasuah.jpg)
Tiga pengurus firma guaman direman bantu siasatan kes rasuah
Tiga individu yang merupakan pengurus dan pemilik beberapa firma guaman di Melaka dan Lembah Klang direman SPRM.
![TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721189949_tbTEKUNMADANI.jpg)
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
![Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721194929_tbSultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan kurnia biasiswa kepada 14 penuntut IPT
Tujuh penerima biasiswa berkenaan ialah bagi pengajian Doktor Falsafah (PhD), manakala tujuh pada peringkat sarjana (penyelidikan).
AWANI Ringkas: Apa punca kematian Nur Farah Kartini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721194847_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Senator tertinggi Amerika Syarikat Bob Menendez didapati bersalah ke atas semua 16 pertuduhan jenayah yang dihadapinya dalam perbicaraan rasuah yang mendapat liputan meluas di New York.
Mangsa maut di hotel Bangkok dipercayai diracun
Pihak berkuasa Thailand mengsyaki kematian enam warga asing yang didalam bilik hotel mewah di Bangkok kerana diracun.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
Jurucakap polis berkata pada sidang akhbar di hotel Grand Hyatt Erawan di Bangkok berakata bahawa "bahan mencurigakan" ditemui di bahagian bawah cermin mata di dalam bilik hotel.
!['Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon 'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124936_KimPanGon.jpg)
'Danger' hanya salah faham, tak pernah rasa tak selamat di Malaysia - Kim Pan-gon
Maksud perkataan 'danger' yang dikatakan oleh Kim Pan-gon, dalam sidang media sebelum ini hanyalah satu salah faham.
![Pelabur disaran beli hartanah tahun ini, elak sikap 'tunggu dan lihat' Pelabur disaran beli hartanah tahun ini, elak sikap 'tunggu dan lihat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/51454934084_RahimAndCo.jpg)
Pelabur disaran beli hartanah tahun ini, elak sikap 'tunggu dan lihat'
Walaupun pasaran hartanah Malaysia dijangka lebih mencabar dengan kadar aktiviti jual beli yang sederhana tahun ini, namun ini merupakan masa yang baik untuk membuat pelaburan dalam sektor itu.
![Akta Hasutan diperlukan untuk halang ancaman puak pelampau - Majlis Senator Akta Hasutan diperlukan untuk halang ancaman puak pelampau - Majlis Senator](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-12/61418052730_295x200.jpg)
Akta Hasutan diperlukan untuk halang ancaman puak pelampau - Majlis Senator
Presiden Majlis Senator Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman berkata disebabkan itu negara luar terutamanya Amerika Syarikat tidak perlu mencampuri urusan pentadbiran negara ini.