KLANG: Kementerian Kesihatan memberi penjenamaan baharu kepada pekerja temu seru atau 'outreach' dan pekerja kes atau 'case worker' sebagai pekerja kesihatan komuniti (PKK).
Langkah tersebut diambil dengan matlamat utama untuk mengakhiri masalah berkaitan penyakit HIV/AIDS di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Perkara itu dilaksanakan menerusi pelancaran Model KK 2.0 dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan GO-NGO hari ini.
Pada masa sama, kata Khairy, skop tugas PKK akan diperluas, meliputi tiga penyakit iaitu HIV, Hepatitis C dan penyakit jangkitan seksual (STI).
“Oleh itu, mengambil semangat slogan Keluarga Malaysia, marilah kita bersama-sama bersatu untuk mengakhiri AIDS ini.
“Pada hari ini, kita akan merasmikan Model KK 2.0 melalui kerjasama pintar GO-NGO.
"Menerusi model ini, pekerja yang dahulunya dinamakan sebagai pekerja temu seru dan pekerja kes akan diberi penjenamaan baharu iaitu PKK atau 'community health worker',” katanya.
BACA: Usaha pencegahan, rawatan berjaya turunkan kes HIV dalam negara
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Inisiatif Mengakhiri AIDS melalui kerjasama pintar GO-NGO Model KK 2.0 peringkat kebangsaan di Klinik Kesihatan Pandamaran, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Khairy memberitahu, Projek Model KK ini telah diperluaskan skop perkhidmatannya bagi
meliputi aktiviti mitigasi transmisi seksual sesuai dengan perubahan lanskap jangkitan HIV.
Selain itu, katanya, skop perkhidmatan Model KK ini juga diperkukuhkan dengan perkhidmatan sokong bantu rawatan serta perluasan program pengurangan mudarat meliputi pencegahan penyakit Hepatitis C dan penyakit kelamin.
"Sehingga kini terdapat 26 buah projek telah dilaksanakan di seluruh negara. Saya menyeru
negeri-negeri yang belum melaksanakan projek ini untuk segera memulakannya pada tahun ini," ujarnya.
Menurutnya, hasil pemerhatian selama lima tahun mendapati projek Model KK itu telah menunjukkan beberapa kebaikan.
"Antaranya adalah mengoptimakan sumber manusia dan bantuan kewangan yang diperuntukkan, meningkatkan bilangan klien baru yang dirujuk untuk rawatan methadone, meningkatkan liputan rawatan antiretroviral (ARV), STI, Hepatitis C serta mengikis stigma dalam kalangan petugas kesihatan dan perubatan terhadap orang yang hidup dengan HIV (ODHA) dan key population.
"Projek ini secara amnya menjimatkan kos operasi sehingga RM 50,000 bagi setiap tapak projek," jelasnya.
Umavathi Ramayah
Sun Jan 16 2022
Khairy berucap ketika hadir pada Majlis Pelancaran Inisiatif Mengakhiri AIDS melalui kerjasama Pintar GO-NGO Model KK 2.0 Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Pandamaran hari ini. - Foto BERNAMA
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Akhiri AIDS: KKM jenama semula pekerja 'outreach', pekerja kes
Langkah tersebut diambil dengan matlamat utama untuk mengakhiri masalah penyakit HIV AIDS di negara ini.