Lidah rasmi PAS, Harakah edisi Jumaat dirampas di seluruh negara oleh Unit Penguatkuasa Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pagi tadi.
Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan alasan rampasan kerada disyaki menyalahi Akta Mesin Cetak dan penerbitan 1984.
"Kami menerima panggilan telefon sekitar jam 9:30 pagi tadi dari pengedar yang memaklumkan akhbar Harakah dirampas oleh KDN,
"Tindakan ini seolah-olah membalas dendam akibat keputusan pilihan raya umum yang lalu tidak berpihak kepada Barisan Nasional. Tindakan ini juga lebih kepada ugutan kepada pengedar supaya tidak lagi mengedar Harakah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Antara negeri yang dilaporkan berlaku rampasan itu termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak.
Katanya, KDN bukan sahaja merampas Harakah di kedai-kedai malah turut menyerbu premis pengedar.
Jelasnya, Rampasan di Kedah itu dilaporkan dibuat di atas lori, sebelum sempat akhbar itu diturunkan untuk diagih kepada pengedar dan dijual. Dianggarkan sebanyak 1,000 naskah Harakah dirampas di Alor Setar manakala di Melaka dianggarkan lebih 500 naskah dirampas.
Bahkan beliau turut mendapat maklumat, di Alor Setar KDN menggunakan lima van kementerian itu untuk merampas Harakah.
Harakah yang dirampas adalah Edisi Jumaat 24-26 Mei yang memaparkan tajuk muka depan "GST hadiah BN untuk rakyat".
Irwan Muhammad Zain
Thu May 23 2013
AWANI Ringkas: Lebih RM260 juta Projek Tebatan Banjir Sibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Harga mikrofon pertama Shila Amzah sama seperti beli kereta Malaysia
Shila memberitahu itu buat pertama kali dia membeli mikrofon pertama selepas berpuluh tahun menapak di dalam industri seni.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir Sibu - TPM Fadillah
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu.
Kerajaan Madani tidak lari dari landasan perlembagaan - Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak akan mengubah ketetapan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana didakwa oleh pembangkang.
Pengerusi DAP Johor: Chin Tong sedia beri laluan kepada Nie Ching
Liew Chin Tong sedia berundur daripada jawatannya sebagai Pengerusi DAP Johor untuk memberi ruang kepada timbalannya, Teo Nie Ching.
AWANI Ringkas: Golongan elit fobia bahasa kebangsaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Fantastic Food Festival 7.0 by Kak Nab meriah, platform usahawan IKS bina 'branding' tersendiri
Penganjuran Fantastic Food Festival (FFF) 7.0 dengan kerjasama Yaya Empire Perfume menjadi satu sinergi terbaik untuk para usahawan memasarkan produk.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Mesir hantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan
Mesir menghantar 22 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan, menurut Kementerian Luar negara itu pada Sabtu.
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saifuddin nafi dakwaan KDN pinda akta kawal media dalam talian
Saifuddin menafikan dakwaan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
Kebebasan media: Beberapa akta perlu dilihat semula - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru supaya undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dilihat semula.
The Star diberi tempoh tujuh hari jawab surat tunjuk sebab
KDN amat dukacita dengan tajuk berita itu pada halaman yang turut dimuatkan gambar yang tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan berita berkenaan.
Pengharaman pakaian kuning dengan perkataan 'Bersih 4' adalah sah - Mahkamah
Keputusan menteri Menteri Dalam Negeri dalam membuat perintah itu tidak mengalami apa-apa yang menyalahi undang-undang, tidak rasional dan ketidaksopanan prosedur.
Akhbar Harakah dirampas di seluruh negara
Lidah rasmi PAS, Harakah dirampas di seluruh negara pagi tadi.