Laporan polis dibuat hari ini berhubung lima akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang.
Laporan itu dibuat oleh Pegawai Khas kepada Tengku Mahkota Pahang, Abdul Rahim Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada 9.55 pagi ini.
"Saya telah buka laman Facebook itu dan dapati tiga akaun Facebook telah dibuka atas nama Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan dua akaun atas nama Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Akaun ini tidak diketahui siapa yang menguruskannya, terdapat komen-komen yang memalukan Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Hal ini amat dipandang serius dan boleh memburukkan nama baik institusi Diraja Pahang. Saya telah dititahkan oleh Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang untuk buat laporan polis bagi siasatan," kata Abdul Rahim kepada Bernama selepas membuat laporan polis itu.
Katanya, Tengku Abdullah meminta supaya akaun Facebook palsu berkenaan dipadamkan.
Abdul Rahim berkata, beliau juga telah menghantar pesanan ke semua 'admin' akaun Facebook palsu berkenaan bagi memadam laman sosial palsu tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata siasatan awal mendapati tiada unsur hasutan dalam laman sosial palsu berkenaan dan kes dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan.
Bernama
Wed Sep 03 2014

Laporan polis dibuat hari ini berhubung lima akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang.
10 Berita Pilihan - (20 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Harga emas global naik ke paras tertinggi baharu, kukuhkan niaga hadapan emas
Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada Khamis, menjejaki pasaran emas global apabila harga melonjak ke paras tertinggi baharu sepanjang masa pada US$3,052 seauns.

PERKESO bayar faedah berjumlah RM5.82 bilion pada 2024 - Sim
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeluarkan faedah sebanyak RM5.82 bilion kepada 871,949 penerima pada tahun lepas, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Ahli perniagaan rugi RM89,000 akibat projek tidak wujud
Seorang ahli perniagaan kerugian kira-kira RM89,000 selepas menjadi mangsa kes penipuan projek tidak wujud di Miri.

Lipis dan Telupid antara 20 bandar paling bahagia di Malaysia
Bandar Lipis di Pahang dan Telupid di Sabah dinobat sebagai antara 20 Bandar Paling Bahagia Tahun 2025 menerusi Indeks Kebahagiaan Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 21 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jumlah bantuan kemanusiaan ke Gaza merosot 50 peratus - IRM
Jumlah bantuan kemanusiaan yang memasuki Semenanjung Gaza telah berkurangan 50 peratus sejak Israel melancarkan serangan udara baru-baru ini, menurut Islamic Relief Malaysia (IRM).
AWANI Ringkas: Media social | Eksport Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis bertindak ultra vires halang perarakan, perhimpunan Majlis Peguam pada 2022 - Mahkamah
Mahkamah menetapkan ganti rugi nominal sebanyak RM1 yang perlu dibayar oleh pihak defendan kepada plaintif pertama.
Ramadan di Turkiye - Masjid Ulu di zaman Uthmaniyah & keunikan Bursa Bazaar
Masjid Ulu mempunyai seni bina yang unik dengan 20 kubah besar yang tersusun dalam empat baris lima kubah. Apa yang menyebabkan Masjid ini mempunyai 20 Kubah?

Orang ramai dinasihat berhati-hati, jangan terpedaya hebahan palsu imigresen di FB
Orang ramai diminta melaporkan kepada pihak Imigresen jika terdapat sebarang maklumat yang meragukan.

Datuk Seri Vida buat laporan polis akaun Facebook digodam
Hasmiza membuat laporan terdapat individu lain membuka akaun Facebook dan menyamar sebagai dirinya.

Akaun Facebook palsu guna nama kerabat Diraja Pahang disiasat
Laporan polis dibuat hari ini berhubung lima akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang.