PUTRAJAYA: Amerika Syarikat (AS) akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan di negara ini dan mengukuhkan pemulihan ekonomi pasca pandemik, kata Setiausaha Negara AS Antony J. Blinken.
Beliau berkata Malaysia mencapai pertumbuhan memberangsangkan walaupun semasa era pandemik COVID-19 dan maklum akan peranan penting yang dimainkan Malaysia dalam menyokong rantaian bekalan global.
Menurutnya, rangka kerja ekonomi Indo Pasifik komprehensif AS akan meningkatkan lebih banyak peluang pelaburan bagi negara seperti Malaysia termasuk dalam sektor seperti perdagangan dan ekonomi digital, rantaian bekalan yang kukuh, tenaga bersih dan pelaburan infrastruktur.
"Kami mengenal pasti lebih banyak peluang pelaburan bagi syarikat Amerika. Minggu ini, kita menyaksikan syarikat AS mengumumkan janji niaga pelaburan baharu penting di Malaysia," katanya pada sidang media bersama dengan Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah selepas mesyuarat dua hala di pejabat Saifuddin di sini, pada Rabu.
Blinken berkata AS merupakan pelabur asing kedua terbesar di Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik.
"Kami bekerjasama rapat dengan Malaysia, ekonomi ketiga terbesar di Asia Tenggara dan rakan dagangan kedua terbesar kami di rantau ini, bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi pasca COVID-19," katanya.
Mengenai Laut China Selatan, Blinken berkata AS dan Malaysia bersetuju semua pertikaian perlu diselesaikan secara aman dan mengikut undang-undang antarabangsa, sejajar dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS).
Blinken sedang dalam lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia sebagai sebahagian daripada kunjungan sulung beliau ke tiga negara Asia Tenggara -- Indonesia, Malaysia dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 15 2021
![AS akan tingkat perdagangan dan pelaburan di Malaysia AS akan tingkat perdagangan dan pelaburan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/61639572659_DatukSaifuddinAbd.jpg)
Petugas media mengikuti siaran secara langsung pada sidang media Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony J Blinken bersama Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini. - Foto BERNAMA
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721009267_DonaldTrump.jpg)
Sehari selepas cubaan bunuh, Donald Trump tiba di Milwaukee
Pesawat Trump mendarat sehari sebelum acara empat hari itu bermula, disambut ribuan penyokong dalam kalangan ahli Parti Republikan.
![Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
Trump seru Amerika untuk bersatu-padu selepas cubaan bunuh
Dalam kejadian itu, penembak yang dinamakan oleh FBI sebagai Thomas Matthew Crooks, dibunuh oleh ejen Perkhidmatan Rahsia AS.
![Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720935938_DonaldTrump.jpg)
Trump ditembak: Suspek dikenal pasti sebagai lelaki tempatan
FBI dilaporkan masih belum mendedahkan nama penembak yang disyaki.
![Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931385_bayigeneric.jpg)
Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.
![Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720929828_PresidentDonaldTru.jpg)
Peluru mengenai telinga kanan saya - Trump
Kejadian tembakan itu sedang disiasat dan Perkhidmatan Rahsia telah memaklumkan secara rasmi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
![Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720926690_DonaldTrump.jpg)
Suspek penembak Trump terbunuh, kata Perkhidmatan Rahsia
Anggota Perkhidmatan Rahsia AS telah 'meneutralkan' penembak berkenaan yang kini telah meninggal dunia.
![Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720925779_DonaldTrump.jpg)
Trump 'dalam keadaan baik' susulan insiden tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Jurucakap Trump, Steven Cheung berkata, bekas presiden itu "dalam keadaan baik."
![Trump cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania Trump cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720920437_DonaldTrump.jpg)
Trump cedera dalam kejadian tembakan semasa berkempen di Pennsylvania
Perkhidmatan Rahsia berkata ia telah melaksanakan langkah perlindungan dan bekas presiden itu selamat.