SEORANG pengawal keselamatan di Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) di sini tidak sempat ke tempat kerjanya itu selepas maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Gadut berhampiran sekolah berkenaan, pagi Isnin.
Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggang Nor Azeman Ismail, 53, bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 62 tahun.
"Berdasarkan siasatan, mangsa dari Senawang menuju ke arah Rantau seorang diri untuk ke tempat kerja dan apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Wira datang dari arah bertentangan dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan mangsa.
"Kereta berkenaan kemudiannya melanggar mangsa di bahagian hadapan menyebabkan mangsa jatuh di atas jalan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Jelas Nanda, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta luka pada bahagian tangan kanan.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.
"Kes seterusnya disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 05 2022
Seorang pengawal keselamatan maut dalam nahas pagi Isnin. - Foto media sosial
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Kerajaan Perak akan bantu keluarga pengawal keselamatan maut di Gunung Lang - Exco
Pihaknya telah meminta JKM untuk melihat keperluan keluarga lelaki itu antaranya dari segi bantuan persekolahan anak-anak mangsa.
Pengawal keselamatan maut dilanggar kereta di Sungai Petani
Mangsa yang berusia 27 tahun maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Ajal dalam perjalanan ke tempat kerja
Seorang pengawal keselamatan tidak sempat ke tempat kerjanya itu selepas maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Gadut.
Pengawal keselamatan maut, kereta terbabas rempuh lori
Kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu telah meragut nyawa Muhamad Akmal Fikri Mohd Nazari, 22, dari Kampung Batu Talam, Raub.