Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang terpalit dengan kontroversi cicak yang ditemui dalam hidangan nasi lemak menyatakan pihak mereka akan mengambil segala langkah yang perlu untuk menyiasat perkara tersebut.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada media, AirAsia berkata pihak mereka kini sedang dalam perbincangan dengan penumpang terbabit untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
AirAsia juga tidak keberatan untuk menanggung kesemua kos perubatan, memandangkan penumpang itu turut mengadu mengalami keracunan makanan akibat memakan nasi lemak tersebut.
"Kami akan membantunya dari segi kos perubatan dan masih menanti laporan dan bil perubatan," kenyataan itu menyebut.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa pembekal makanan atau caterer penerbangan itu telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat Gred A Premis Bersih oleh Majlis Daerah Kuala Selangor.
Malah ia turut mendapat pensijilan ISO 22000:2005 dari SGS United Kingdom. Prosedur audit pula dijalankan secara berkala.
Seorang penumpang Waseem Abbas, sebelum ini berkongsi beberapa gambar yang menunjukkan bangkai cicak dalam nasi lemak yang dihidang kepadanya dalam penerbangan AK 5232 dari Kuala Lumpur ke Kuching.
Madiha Abdullah
Thu Apr 07 2016
AirAsia memandang serius aduan penumpang berkenaan. -Foto Facebook Waseem Abbas
Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Punca kematian Nur Farah Kartini Abdullah masih belum dapat disahkan berikutan bahagian dada dan mukanya yang reput ketika dijumpai.
Jenazah Nur Farah Kartini dikebumi di Pekan
Abang kepada mangsa berkata lokasi sebenar pengebumian adik bongsunya itu akan dimaklumkan kelak.
Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.
Laluan penerbangan baharu keputusan komersial syarikat penerbangan - MOT
Keputusan berkenaan juga berasaskan aspek daya maju komersial laluan terbabit.
Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.
Fasa kedua projek naik taraf LTSIP dijangka selepas pada Jan 2025 - MOT
Apabila siap sepenuhnya, terminal baharu LTSIP akan dapat menampung kapasiti sehingga empat juta penumpang setahun.
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan lagi tahun ini
Semua Ahli Parlimen sekali lagi diwajibkan jalani pemeriksaan kesihatan bagi tahun ini dan jika gagal berbuat demikian nama akan dipaparkan dalam laman web Parlimen, kata Speaker Tan Sri Johari Abdul.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga AWANI: [Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.91 mata kepada 1,631.73 dan bergerak antara paras 1,624.39 dan 1,633.97 sepanjang hari dagangan. Jumlah dagangan menyusut kepada 4.66 bilion unit bernilai RM3.52 bilion daripada 5.36 bilion unit bernilai RM3.95 bilion pada Isnin.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Tourism Malaysia promosikan budaya sarapan pagi di Malaysia Travel Escapade
Sarapan pagi kegemaran rakyat Malaysia mencuri perhatian pengunjung di Malaysia Travel Escapade 2024 yang dianjurkan buat julung kalinya di Suntec City Mall dari 12 hingga 14 April.
Netizen persoal 'influencer' masak nasi lemak gaul rata semua bahan
Netizen mengkritik resepi yang diguna pakai kerana ia jelas bukan seperti resepi nasi lemak di Malaysia.
Sudah 5 kali datang Malaysia, Lenka suka makan laksa
Penyanyi kelahiran Australia, Lenka mengakui menggemari beberapa juadah popular di Malaysia antaranya laksa dan nasi lemak.
Nasi lemak, durian jadi 'rebutan' pada minggu makanan Malaysia di Beijing
Antara menu yang turut dihidangkan sepanjang minggu makanan berkenaan ialah nasi tomato, nasi ayam Ipoh, rendang daging, roti jala, roti canai, ais kacang, kuih ketayap, dan kuih seri muka.
Lelaki tular di media sosial maki hamun peniaga nasi lemak didakwa
J. Shyamalan, 33, seorang ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Sebab bukan hanya 23 burger laku di DoplohTiga
Peniaga burger di tepi jalan mendedahkan ada sebabnya kenapa lebih 23 biji burger laku di restoran burger DoplohTiga setiap hari sekali pun semasa makan di dalam restoran tidak dibenarkan semasa PKP.
'Cabaran Nasi Lemak' di Bangkok ubati kerinduan perantau Malaysia
"Cabaran Jaguh Nasi Lemak" yang pertama kali diadakan di sini, mengubati kerinduan anak rantau Malaysia yang menetap di Thailand terhadap makanan kegemaran rakyat di tanah air itu.
Realiti miskin bandar, terus berusaha demi kehidupan lebih baik
Bertemu beberapa peniaga kecil di PPR Kerinchi pada Isnin, ternyata ramai antara mereka berjiwa besar, berusaha sedaya mampu demi kelangsungan hidup.