KUALA LUMPUR:Bekalan air di 664 daripada 861 kawasan di Lembah Klang yang mengalami gangguan sejak awal pagi semalam, telah berjaya dipulihkan setakat pukul 6 padi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata daerah Kuala Selangor pulih sepenuhnya diikuti Petaling mencatat 99 peratus pemulihan, Kuala Lumpur (95.5 peratus), Hulu Selangor (82.6 peratus), Klang/Shah Alam (61.8 peratus), Gombak (61.7 peratus) dan Kuala Langat (50 peratus).
Beliau berkata, usaha bagi menstabilkan sistem bekalan air di baki 197 kawasan yang masih lagi terjejas, kini sedang dipergiat.
"Bantuan bekalan air alternatif melalui pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS), masih lagi disediakan untuk kemudahan para pengguna yang masih lagi terjejas.
"Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk mematuhi peraturan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semasa mengambil bekalan air daripada lori tangki, PKS dan pili-pili awam yang disediakan," katanya dalam satu kenyataan.
Gangguan bekalan air itu berlaku disebabkan pencemaran air mentah dikesan di Sungai Selangor, yang menyebabkan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 dihenti tugas semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 09 2020

Elina berkata, usaha bagi menstabilkan sistem bekalan air di baki 197 kawasan yang masih lagi terjejas, kini sedang dipergiat. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Pasaran getah KL ditutup rendah seiring pasaran serantau
Sentimen pasaran juga kekal berhati-hati menjelang pengumuman data inflasi AS yang akan datang.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Beku aset: Mahkamah benar Na'imah wakili Allahyarham Tun Daim dalam semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi membenarkan Na'imah Abdul Khalid mewakili arwah suaminya dalam semakan kehakiman berhubung pembekuan akaun dan 18 syarikat milik mereka.

Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.

Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.

JSPT KL keluarkan 63 saman di sekitar pusat bandar
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur mengeluarkan 63 saman atas pelbagai kesalahan di sekitar pusat bandar dalam Op Halangan yang bermula 10 malam semalam.

Polis mohon bantuan kesan lelaki warga emas hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun yang dilaporkan hilang sejak Ahad lepas.

Bekas Pertahanan Kuala Lumpur meninggal dunia
Bekas pemain Kuala Lumpur (KL) Noh Haeng-seok dari Korea Selatan meninggal dunia pada usia 36 tahun hari ini.

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri hingga malam ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya hingga 9 malam ini.