Kerajaan Selangor masih pada peringkat menyemak semula senarai mereka yang menerima bekalan air percuma bagi memastikan hanya golongan sasaran berpendapatan rendah menikmatinya.
Menteri Besar Amirudin Shari berkata pada masa ini, pelaksanaan program itu melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk jutawan sedangkan tujuan asal projek ialah untuk membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah.
"Pelaksanaan program ini diteliti secara bersekali dengan program Inisiatif Peduli Rakyat, justeru bilangan keluarga yang layak masih belum dapat diputuskan dan kerajaan negeri tidak akan meminggirkan mana-mana penerima yang layak," katanya ketika menggulung perbahasan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini pada Isnin.
Katanya subsidi air percuma bagi 20 meter padu itu nilainya bersamaan RM11.40 dan melalui penjajaran semula, pemberian akan dinaikkan kepada 25 meter padu bersamaan RM16.55.
Sementara itu, Amirudin berkata penduduk Selangor sekarang mungkin perlu membayar tarif air pada kadar RM3.15 bagi satu meter padu berbanding RM1.39 sekiranya kerajaan negeri tidak diambil alih oleh pakatan pada 2008.
Ini kerana katanya berdasarkan perjanjian konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) selepas mengambil alih operasi daripada Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) pada 1 Jan 2006, kenaikan tarif adalah setiap tiga tahun.
"Dengan mengambil kira lima kali kenaikan tarif seperti dalam Perjanjian Konsesi Syabas, rakyat akan dibebani dengan kenaikan kadar tarif sebanyak 227 peratus lebih tinggi berbanding tarif yang sedang dinikmati sekarang," katanya.
Pada masa sama, Amirudin berkata kerajaan negeri masih meneliti cadangan pelarasan kadar tarif air yang dikemukakan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli.
Menyifatkan kadar tersebut terlalu tinggi iaitu meningkat hampir 50 peratus berbanding kadar semasa, Amirudin berkata kerajaan negeri harus memastikan pelarasan tarif baharu tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 25 2019

Pelaksanaan program itu melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk jutawan sedangkan tujuan asal projek ialah untuk membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah. - Foto Freeimages.com
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Selangor akan tubuh beberapa pusat AI tahun depan - Amirudin
Beberapa pusat kecerdasan buatan (AI) akan ditubuhkan di Selangor tahun depan sebagai langkah kerajaan negeri menyokong perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun itu.

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Selangor mulakan pengajian STEM berasaskan al-Quran tahun ini - MB
Kerajaan Selangor akan mula menerapkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) berasaskan al-Quran di sekolah agama tahun ini.

Isu pindah tanah: Selangor mungkin laksana audit, siasatan dalaman semua agensi
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah tersebut bagi menangani isu pindah milik tanah berkenaan secara menyeluruh.

Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.

Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.

SHP Batang Kali bukti usaha Kerajaan Selangor kurangkan jejak karbon - Amirudin
Amirudin berkata, pembinaan loji hidrokuasa kecil ini membuktikan kemampuan negeri memimpin usaha menghasilkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan hijau.

Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.

Selangor jadi negeri contoh kembang sektor berasaskan teknologi dan inovasi
Program AI Trailblazers antara langkah strategik kerajaan negeri dalam mendukung Malaysia menjadi pesaing dalam ekonomi global.

Selangor peruntuk lebih RM3 juta pelaksanaan Festival Turath Islami 2025
Pelaksanaan berterusan festival merupakan antara usaha kerajaan negeri menyuburkan agama Islam di samping membangunkan sisi rohani rakyat.