SANDAKAN: Fenomena air laut pasang besar melanda perkampungan-perkampungan atas air di sini, yang dilaporkan bermula sejak Sabtu.
Antaranya di Kampung Sim-Sim, yang terletak berdekatan pusat bandar, yang menyaksikan kejadian air pasang kebiasaannya bermula jam 10 malam.
Salah seorang penduduk yang ditemui, Ahmad Sabar berkata, pada hari pertama kejadian tahap ketinggian air pasang agak rendah tetapi pada hari kedua, ia semakin tinggi.
"Biasanya pukul 10 air mula naik dan dalam pukul 10.30, ia sudah tinggi. Pukul 12 lebih baru ia mula surut.
"Kami bersama jiran-jiran akan keluar untuk tengok, pasang semua lampu dan berjaga sehingga air surut.
"Kalau sudah tiada ombak, barulah kami semua masuk tidur, mungkin dalam pukul 1 lebih begitu," katanya ketika ditemui di kampung itu semalam.
Menurutnya, setakat ini rumah mereka yang terletak di Jambatan Sembilan, masih tidak dimasuki air dan pihaknya bersyukur dengan keadaan berkenaan.
Sementara itu, seorang lagi penduduk di Jambatan 23 kampung sama berkata, dia dan penduduk kampung yang lain turut berjaga sehingga lewat pagi ketika kejadian air pasang.
Mereka akan memastikan di perairan kawasan rumah itu tidak terdapat kayu atau balak yang hanyut demi mengelakkan ia menghempap kediaman mereka ketika fenomena berlaku.
"Selain itu, surat beranak dan segala dokumen penting lain, kita selamatkan dulu. Setakat ini, kami sudah biasa begini. Setiap hujung tahun mesti akan terjadi," kata Fauzi Ebel, seorang peniaga.
Bagaimanapun, mereka tetap sentiasa melakukan persediaan termasuk menyimpan dokumen dan keperluan penting sebagai langkah berjaga-jaga jika terjadi sebarang kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjong Papat, Saiful Bahari Muin berkata, setakat ini terdapat beberapa kerosakan jambatan dan paip air dilaporkan berlaku di Kampung Sim-Sim.
Namun, pihaknya bersyukur belum ada rumah penduduk dilaporkan terjejas.
"Setakat ini memang sudah ada kerosakan yang berlaku, jambatan terutamanya, dan paip-paip utama, banyak yang sudah rosak," tambahnya.
Katanya, sebagai langkah menghadapi fenomena berkenaan, pihaknya bersama Jawatankuasa Kampung mengadakan rondaan pada setiap malam.
Maklumat dan tahap ketinggian air laut juga turut dimaklumkan kepada penduduk terbabit supaya mereka lebih bersedia.
Pihaknya juga menyediakan tempat pemindahan sementara untuk penduduk terjejas sekiranya berlaku kecemasan.
Radhi Muslim
Mon Dec 06 2021
Penduduk kampung akan memastikan di perairan kawasan rumah itu tidak terdapat kayu atau balak yang hanyut demi mengelakkan ia menghempap kediaman mereka ketika fenomena air pasang berlaku. - Foto Astro AWANI
Sabah bina 3,000 buah Rumah Mesra SMJ tahun depan - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata pembinaan rumah itu melibatkan kos sebanyak RM250 juta.
KBS kekal komited bangunkan atlet OKU
Persatuan-persatuan sukan yang sentiasa menjaga kebajikan atlet di bawah naungan mereka sentiasa dihargai.
Belanjawan 2025 tetap dahulukan keperluan rakyat - Nurul Izzah
Isu kebajikan sentiasa menjadi keutamaan dan kerajaan berusaha meningkatkan penyaluran peruntukan.
1,100 banduan di UK akan dibebaskan awal minggu depan
Langkah itu merupakan pusingan kedua pembebasan awal di bawah dasar yang diperkenalkan pada awal penggal pemerintahan kerajaan Buruh.
Sudan setuju buka empat lagi lapangan terbang untuk agensi kemanusiaan
Lapangan terbang yang akan dibuka adalah di bandar Kassala, Dongola, El Obeid dan Kadugli.
Dasar hubungan antara kaum berjaya hasilkan keharmonian di Kelantan
Zamakhshari Muhamad berkata dasar ini dilihat penting untuk memelihara perpaduan, adat resam dan kebajikan rakyat rentas kaum.
Tumpuan Ahad – 20 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Fasiliti kesihatan uzur akan segera dinaik taraf
Fasiliti kesihatan yang uzur akan segera dinaik taraf melalui peruntukan Belanjawan 2025 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Peruntukan besar bukti komitmen kerajaan kukuhkan pendidikan, jayakan ‘keadilan pendidikan’
Peruntukan terbesar untuk sektor pendidikan dalam Belanjawan 2025 jelas membuktikan komitmen kerajaan untuk mengukuhkan asas pendidikan negara dan menjayakan 'keadilan pendidikan'.
Abang Jo mahu rakyat fokus perjuangkan & naik taraf Sarawak
Pemimpin berusia 74 tahun itu berkata, walau di mana berada, anak-anak Sarawak membawa semangat 'Agi Idup Agi Ngelabang'.
Sepasang suami isteri tempuh perjalanan 331km demi sambut Hari Malaysia
Anita menyifatkan keputusan mereka menyambut Hari Malaysia 2024 di lokasi acara amat berbaloi meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh.
Selisih faham dipercayai motif Naufal dibunuh
Berlaku perselisihan faham dengan abang kepada kenalan wanita, dipercayai motif anak kepada pemilik restoran terkenal di daerah ini dibunuh.
Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan
Sarjan Mejar Mohammad Joeriman disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.
MAHA 2024: Nelayan hero negara, kerajaan komited bela kebajikan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sentiasa memastikan kebajikan nelayan terus terbela.
MAHA 2024: Bot berhias warnai majlis ramah mesra menteri bersama warga Sandakan
Sebanyak 22 buah bot melibatkan kira-kira 40 orang nelayan terlibat menjayakan perarakan berkenaan.
Polis siasat dakwaan kes buli, ugut bunuh pelajar di Sandakan
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, laporan polis diterima pada malam tadi berhubung kes tersebut.
Lelaki jatuh bot ditemukan terapung
Mayat Simran Asarap, 23, ditemukan oleh penduduk kampung dalam keadaan terapung di laut.
Wartawan Bernama Sandakan ditemui meninggal dunia
Wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Adika Bujang, 45, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Taman Perumahan IJM, Batu 6 tengah hari tadi.
Kereta dinaiki tujuh beranak dihempap lori muatan baja
Siasatan awal mendapati lori itu dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun bersama penumpang iaitu isterinya berusia 38 tahun dan dua anak lelaki.
Dua maut, lima parah kereta bertembung lori di Sandakan
Menurut bomba, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan.