Mangsa banjir akibat fenomena air pasang besar di enam buah kampung di Kota Kuala Muda yang dipindahkan ke empat pusat pemindahan meningkat kepada 94 orang daripada 27 keluarga berbanding 85 orang semalam.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda, Lt Muda Pertahanan Awam, Azahar Ahmad berkata pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan bagaimanapun hanya melibatkan penduduk kawasan Kampung Sungai Meriam.
"Sehingga pukul 4.00 pagi tadi, seramai 21 mangsa daripada enam keluarga telah dipindahkan berbanding hanya 12 mangsa daripada tiga keluarga, sewaktu pusat pemindahan di rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Meriam dibuka pada pukul 1.30 pagi semalam.
"Bilangan mangsa di tiga lagi pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Kuala, Dewan Kampung Paya dan Dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil kekal seperti sebelum ini," katanya kepada Bernama.
Katanya seramai 29 mangsa daripada 12 keluarga dari Kampung Masjid, Kampung Ujung Matang dan Kampung Padang Salim masih berada di SK Seri Kuala.
"Seramai 20 lagi mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Paya juga masih ditempatkan di Dewan Kampung Paya manakala 24 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Sungai Yu kini berada di Dewan Masjid Haji Yusof Bukit Kecil," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2016
![Air pasang besar: Jumlah mangsa di Kota Kuala Muda meningkat Air pasang besar: Jumlah mangsa di Kota Kuala Muda meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476758647_airpasangKualaMuda.jpg)
Ombak besar membadai pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar di sekitar Kota Kuala Muda pada Isnin. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
!['Jangan hampiri kawasan air pasang besar' - Ketua Kampung Batu 4 'Jangan hampiri kawasan air pasang besar' - Ketua Kampung Batu 4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476777465_airpasangkapart.jpg)
'Jangan hampiri kawasan air pasang besar' - Ketua Kampung Batu 4
Penduduk yang dipindahkan akibat ban yang pecah di Kampung Batu 5, Jalan Kapar diminta bersabar dan sentiasa mengelakkan diri dari risiko air pasang besar.
![Air pasang besar: Mangsa dipindahkan meningkat di Selangor Air pasang besar: Mangsa dipindahkan meningkat di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476759490_pusatpemindahanban.jpg)
Air pasang besar: Mangsa dipindahkan meningkat di Selangor
Jumlah penduduk yang dipindahkan ekoran fenomena air pasang besar di Selangor, meningkat kepada 482 orang pagi ini berbanding 459 orang malam tadi.
![Air pasang besar: Jumlah mangsa di Kota Kuala Muda meningkat Air pasang besar: Jumlah mangsa di Kota Kuala Muda meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71476758647_airpasangKualaMuda.jpg)
Air pasang besar: Jumlah mangsa di Kota Kuala Muda meningkat
Pertambahan bilangan mangsa yang dipindahkan bagaimanapun hanya melibatkan penduduk kawasan Kampung Sungai Meriam.