Jumlah penduduk yang dipindahkan ekoran fenomena air pasang besar di Selangor, meningkat kepada 482 orang pagi ini berbanding 459 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Bencana Selangor, peningkatan itu membabitkan penduduk Kampung Batu 5, Kapar, Klang, yang sebahagian besarnya ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali.
Katanya, sehingga 9 pagi ini jumlah mangsa yang berada di pusat itu adalah sebanyak 152 orang berbanding 133 malam tadi.
Selain Dewan Serbaguna Datuk Ahmad Razali di Kapar, terdapat empat lagi pusat pemindahan dibuka di negeri ini ekoran fenomena tersebut iaitu Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda juga di Kapar yang menempatkan 236 orang, Dewan Seri Sekinchan (dua orang), Dewan Sungai Air Tawar (63 orang) dan Dewan Parit Baru (29 orang) di Sabak Bernam.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Bencana Negeri Selangor Ahmad Afandi Mohamad, dalam kenyataan berkata ban Sungai Keramat yang pecah di Kampung Batu 5 akibat air pasang besar awal pagi tadi akan dibaiki serta merta dan kawasan itu kini dalam pemantauan agensi keselamatan.
Di daerah Sabak Bernam pula, Ahmad Afandi berkata kawasan seperti Sungai Lang, Pantai Batu 23 dan Kampung Nelayan Bagan Nakhoda Omar turut dinaiki air akibat fenomena itu, namun keadaannya terkawal dan air mulai surut.
"Terdapat juga limpahan air laut di pesisiran Pantai Kelanang, Kuala Langat namun keadaan masih selamat," katanya.
Di PERAK, kawasan yang terjejas ekoran fenomena sama kekal lima iaitu Bagan Ikan, Bagan Sungai Burung, Bagan Sungai Tiang, Bagan Lipas dan Bagan Pasir Laut.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Bagan Datoh Datuk Hamzah Hussin berkata limpahan air pasang di kawasan berkenaan berlaku kira-kira 5 pagi sebelum surut sejam kemudian.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Hilir Perak Zulhisham Ahmad Shukori memaklumkan lima kawasan di Teluk Intan dinaiki air awal pagi tadi iaitu Kampung Batu 7 1/2 Jalan Maharajalela, Kampung Seri Jaya Batu 6, Lorong Kalat Batak Rabit, Jeti Pak Ali Sungai Jelawat dan Kampung Esso.
Katanya air mula memasuki kawasan dan halaman rumah penduduk sekitar 4 pagi, namun tiada pemindahan dilakukan kerana air surut sepenuhnya pada 7.30 pagi.
Di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis, keadaan di kawasan itu dalam keadaan terkawal biarpun air pasang mula naik secara berperingkat mulai pukul 2.30pagi.
Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung, M. Sasitharan berkata paras air di kawasan berkenaan mencatatkan 3.3 meter dari paras laut setakat 5.45 pagi.
"Bagaimanapun, air mula surut pada pukul 6 pagi. Cuaca juga dalam keadaan baik dan tiada banjir berlaku di kawasan ini," katanya.
Sementara itu, di PULAU PINANG, hujan lebat lebih dua jam awal pagi ini serta fenomena air pasang besar menyebabkan Kampung Manis, Perai dan kawasan Telok Ipil, Nibong Tebal di Butterworth dinaiki air 0.3 meter.
Paras bacaan air pasang di kampung itu pada pukul 2 pagi tadi ialah 3.1 meter, yang paling tinggi sepanjang fenomena itu, bagaimanapun tiada penduduk dipindahkan kerana air kembali surut kira-kira dua jam kemudian.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang Sabri Abdul Mulok berkata secara keseluruhan, fenomena air pasang besar di negeri ini tidak serius.
Kawasan Kampung Manis dinaiki air kerana kampung itu berada pada paras rendah berbanding paras laut iaitu 2.6 meter sedangkan air pasang boleh mencecah sehingga tiga meter.
"Kami telah mencadangkan kepada kerajaan negeri agar penduduk di kawasan itu dipindahkan ke kawasan berhampiran atau perumahan kos sederhana di situ," katanya selepas meninjau keadaan di Kampung Manis di sini hari ini.
Sementara itu, JPS negeri telah menjalankan kerja-kerja mendalamkan sungai dan menstabilkan tebing sungai di beberapa lokasi di negeri ini bagi mengatasi masalah banjir.
"Antara projek yang sedang dijalankan ialah naik taraf saliran dan pembinaan rumah pam di Permatang Tinggi 1 dan 2 di Bukit Mertajam dan Pangkalan Machang dekat Sungai Dua," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 18 2016
Kanak-kanak di pusat pemindahan banjir Dewan Datuk Ahmad Razali menonton filem kartun yang dipasang di projektor. - Foto Astro AWANI / Wan Syamsul Amly
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Unpacking the key drivers fueling economic expansion in 2024
Discussion with Chief Executive Officer, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr. Rosnani Rasul to understand the multifaceted dynamics shaping Malaysia's economic landscape in 2024. From projected GDP growth and robust private consumption to navigating global economic conditions and commodity price volatility, the country faces both opportunities and challenges.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Air pasang besar: Mangsa dipindahkan meningkat di Selangor
Jumlah penduduk yang dipindahkan ekoran fenomena air pasang besar di Selangor, meningkat kepada 482 orang pagi ini berbanding 459 orang malam tadi.