SEREMBAN:Fenomena air pasang besar yang melanda persisiran pantai di Port Dickson sejak semalam dilaporkan terkawal susulan cuaca panas dan tiada sebarang limpahan air yang berlaku sehingga boleh mengakibatkan kejadian banjir.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Port Dickson, Kapt (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata bagaimanapun, sekiranya berlaku hujan lebat yang berpanjangan, beberapa kawasan berkemungkinan akan ditenggelami air terutama di kawasan rendah.
"Air pasang besar ini biasanya berlaku dalam tiga hari dan sepanjang bulan akan ada, ia bergantung kepada ketinggian air pasang. Kalau kita tengok air pasang kali ini agak tinggi berbanding bulan sebelumnya tetapi buat masa ini keadaan terkawal kerana cuaca panas," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.
Beliau berkata sekiranya berlaku hujan lebat, APM akan menempatkan anggota bagi memastikan keadaan pengunjung dan penduduk setempat selamat, namun pada masa ini tiada keperluan untuk menempatkan anggota untuk tujuan pemantauan.
"Kalau dapat ramalan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia akan berlaku hujan, kita akan maklumkan kepada anggota untuk siap sedia terutama di beberapa kawasan panas seperti di Kampung Sungai Raya, Linggi dan Kampung Jimah Lama, di sini," katanya.
Sementara itu, beliau berkata fenomena air pasang besar itu juga turut membantu memudahkan kerja pembersihan tumpahan minyak yang berlaku di Pantai Cermin di sini baru-baru ini.
"Bila ada air pasang besar dengan ombak yang kuat, ia akan membantu kerja pembersihan pantai dengan baik kerana minyak akan cepat terurai selain turut dibantu cuaca panas," katanya.
Pada 12 Okt lepas, media melaporkan kawasan pesisiran Pantai Cermin sejauh dua kilometer didapati tercemar dengan tumpahan minyak dan insiden itu mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang meninjau lokasi berkenaan pada Selasa lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020
Fenomena air pasang besar menyebabkan limpahan air ke pantai yang menjadi tumpuan orang ramai berkelah dan berkhemah di Port Dickson. Gambar/ Ihsan pembaca.
Maldives kecam pembakaran hospital di Gaza oleh tentera Israel
Maldives pada Sabtu mengecam pembakaran Hospital Kamal Adwan di Gaza oleh tentera Israel, menyifatkannya sebagai jenayah perang.
Sultan Pahang berkenan rasmi Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) negeri Pahang.
AWANI 7:45 [28/12/2024] – Tangisan duka | Lori jadi 'punca' | Laporan polis terhadap Hannah Yeoh
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
1. Air mata berderai, anak mangsa nahas Ayer Keroh akhirnya tahu keluarga sudah tiada
2. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan libatkan lori
3. Dua dekad menanti kepulangan anak yang dipukul tsunami
4. Kerap sangat kalah, Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Agenda AWANI Asia: Potensi Dan Trend Baharu Hubungan Malaysia-China
Sejauh mana pentingnya hubungan Malaysia - China pasca 50 tahun mendatang? Apakah potensi baharu yang dapat mendorong kerjasama global kedua-dua negara? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
WHO tidak temukan "Penyakit X" misteri di Congo
Pakar kesihatan antarabangsa percaya bahawa gelombang penyakit di wilayah terpencil Republik Demokratik Congo yang sebelum ini digelar "Penyakit X" disebabkan oleh patogen yang diketahui, lapor Agensi
Juara dunia catur tahun lalu tarik diri selepas didenda pakai jeans
Juara bertahan Magnus Carlsen telah mencetuskan skandal di Kejohanan Catur Pantas Dunia di New York akibat pilihan seluarnya.
AWANI Ringkas: Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Atlet silambam Malaysia raih 12 emas, juara keseluruhan Kejohanan Asia
Pasukan silambam Malaysia merangkul 12 pingat emas sekali gus muncul juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar semalam.
#AWANIRingkas 28 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 28 Disember 2024
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
1️⃣ Dua beradik menangis diberitahu ibu bapa meninggal dunia
2️⃣ 13kg heroin bernilai RM1.2 juta dirampas
3️⃣ Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan
#awaniringkas
Dongeng Sang Kancil: Sambutan luar biasa, tiket laris terjual
Filem animasi Dongeng Sang Kancil mendapat sambutan luar biasa dengan tiket untuk tayangan di pawagam laris terjual.
Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok
Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Disember 2024.
Empat projek sedang, bakal dilaksana JPS atasi risiko banjir akibat air pasang besar
Sebanyak empat projek sedang dan bakal dilaksanakan JPS Melaka di beberapa lokasi pesisir pantai negeri ini bagi mengurangkan risiko banjir berikutan fenomena air pasang besar.
Mangsa banjir Kemaman dinasihat tidak pulang ke rumah meski cuaca baik
Kemaman adalah daerah pertama dan terburuk dilanda gelombang pertama banjir Monsun Timur Laut di Terengganu.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.
Belanjawan 2025: Selangor peruntuk RM34.27 juta urus projek tebatan banjir
Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM34.27 juta menerusi Belanjawan Selangor 2025 bagi memastikan keberkesanan pengurusan pembangunan projek tebatan banjir.
Nelayan melecur dalam kejadian bot terbakar meninggal dunia
Seorang nelayan yang melecur teruk dalam kejadian bot terbakar di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis pada Khamis lalu meninggal dunia pada Isnin.
Jauhi pantai, elak aktiviti laut di Pulau Pinang ketika fenomena air pasang besar - Chow
Kon Yeow berkata walaupun keadaan masih terkawal, namun pihaknya tidak dapat menjangkakan situasi dalam tempoh dua hari lagi.
Fenomena air pasang besar: Bandar Baharu sekali lagi dilanda banjir
Faktor kejadian banjir adalah disebabkan air limpahan dari Sungai Kerian terus yang tidak dapat turun ke laut terus memasuki rumah penduduk.
Penduduk Kuala Perlis berpesta sambut fenomena air pasang besar
Lebih 2,000 penduduk di Kuala Perlis seperti berada di dalam taman tema air mengambil kesempatan berpesta.