KUALA TERENGGANU: Sebanyak 44 kampung yang berdekatan muara sungai dan pantai di tujuh daerah di Terengganu berisiko mengalami banjir akibat air pasang besar yang diramal berlaku mulai esok (23 Disember) di negeri ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Besut kampung yang terlibat adalah berdekatan dengan muara Sungai Besut iaitu Kampung Pengkalan Atap; Kampung Teluk Budu; Kampung Pantai dan Kampung Nail.
Di Setiu pula kawasan yang terlibat adalah berdekatan dengan muara Sungai Setiu iaitu Kampung Gong Batu; Kampung Pengkalan Gelap; Kampung Limau Nipis; Kampung Kuala Setiu; dan Kampung Fikri, selain lokasi berdekatan muara Sungai Merang iaitu Kampung Telaga Papan.
Bagi daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pula, lokasi yang terlibat adalah berdekatan muara Sungai Terengganu iaitu Kampung Seberang Takir; Kampung Baru Seberang Takir; Kampung Ulu Takir; Kampung Pak Tu Yu; Kampung Tanjung Gelam; Kampung Pulau Rusa; Kampung Losong; Kampung Pulau Kambing; Kampung Teluk Pasu; dan Kampung Pulau Sekati.
Di Muara Sungai Ibai yang juga di Kuala Terengganu, kawasan berisiko adalah Kampung Kubang Ikan; Kampung Kuala Ibai; dan Kampung Taman Purnama; manakala di Marang membabitkan kampung di sepanjang Pantai Rusila dan berdekatan muara Sungai Merchang iaitu Kampung Merchang.
Kenyataan tersebut turut memaklumkan di Dungun kawasan terlibat adalah berdekatan muara Sungai Paka iaitu Kampung Kuala Paka; Kampung Tebing Tembah; Kampung Pinang Merah; Kampung Durian Mentangau.
Dalam pada itu, kawasan berdekatan muara Sungai Dungun pula adalah Kampung Seberang Pintasan; Kampung Teluk Bidara; Kampung Tanjung Jara; Kampung Che Lijah; Kampung Alor Makbah; Kampung Bijangga; Kampung Sungai Buaya; dan Kampung Sungai Udang, manakala Kampung Sura yang berdekatan muara Sungai Sura turut berisiko.
Selain itu, di Kemaman lokasi berdekatan muara Sungai Kemaman turut berisiko banjir iaitu Pulau Skepeng Kuala Kemaman; Pengkalan Cicar Bukit Kuang; Kampung Bakau Tinggi; Kuala Kemaman dan Bukit Kuang; manakala kawasan berdekatan muara Sungai Kemasik pula ialah Kampung Baru Kemasik.
JPS Terengganu dalam kenyataan tersebut turut menasihati penduduk di kawasan terlibat dan orang ramai melayari portal publicinfobanjir.water.gov.my untuk mendapatkan maklumat semasa mengenai aras air sungai dan hujan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2022
![Air pasang besar: 44 kampung di Terengganu berdepan risiko banjir Air pasang besar: 44 kampung di Terengganu berdepan risiko banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668610776_Banjir.jpg)
Sebanyak 44 kampung yang berdekatan muara sungai dan pantai di tujuh daerah di Terengganu berisiko mengalami banjir akibat air pasang besar. - Gambar fail/BERNAMA
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721104956_JDVance.jpg)
Trump umum Senator JD Vance sebagai calon Naib Presidennya
Bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan Senator Ohio JD Vance akan menjadi calon Naib Presidennya dalam pilihan raya 2024.
AWANI Ringkas: Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721103714_iOS.jpg)
iOS 18 tampil ciri kembalikan gambar, video yang hilang atau rosak
Pada iOS 18, iPadOS 18 dan macOS Sequoia, Apple memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan data yang hilang ini dikembalikan.
[TERKINI] Suspek kes pempengaruh Esha mengaku bersalah
Seorang pemandu lori berusia 43 tahun mengaku bersalah membuat kenyataan menyinggung perasaan terhadap mendiang empengaruh media sosial, A Rajeswary atau Esha di TikTok.
Projek HSR Jakarta-Bandung rekod 4 juta penumpang
Projek Kereta Api Laju (HSR) Jakarta-Bandung yang dikenali sebagai Whoosh membawa empat juta penumpang sejak ia beroperasi secara komersial pada 17 Oktober, tahun lalu.
![Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672959690_BritainStrikes.jpg)
Perkhidmatan kereta api terjejas, ratusan amaran banjir dikeluarkan selepas ribut landa UK
Lebih 300 amaran banjir turut dikeluarkan di seluruh England dan Wales pada pagi Rabu manakala 10,000 rumah masih terputus bekalan elektrik.
![Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702604100_TBMangsabanjirj.jpg)
Amaran banjir di Terengganu, Pahang bermula 24 hingga 26 Dis
JPS mengeluarkan amaran banjir diramal berlaku secara berperingkat di beberapa kawasan rendah berhampiran sungai di Terengganu dan Pahang bermula 24 hingga 26 Dis ini.
![Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700290761_sampankolek.jpg)
Amaran kemungkinan banjir di Tanah Merah, Pasir Mas pagi esok
JPS mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di dua jajahan di Kelantan iaitu di Tanah Merah dan Pasir Mas bermula awal pagi esok.
![Amaran banjir kilat di Kuala Lumpur, lima negeri Amaran banjir kilat di Kuala Lumpur, lima negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71631007246_awanrendah.jpg)
Amaran banjir kilat di Kuala Lumpur, lima negeri
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di lima negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
![Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671110748_banjirTerengganuH.jpg)
Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Perak berisiko mengalami banjir kilat dalam tempoh 24 jam jika berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan.
![Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71669199564_Banjirkilat.jpg)
Notis risiko banjir kilat di lima negeri dalam tempoh 24 jam
Beberapa kawasan di Johor, Kedah, Pahang, Perak dan Pulau Pinang berisiko banjir kilat dalam tempoh 24 jam sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku.
![JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668610776_Banjir.jpg)
JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri
JPS hari ini mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Terengganu dan Pahang.
![8 daerah di Perak, Selangor berisiko banjir, ini senarai kawasan terlibat 8 daerah di Perak, Selangor berisiko banjir, ini senarai kawasan terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670501007_BANJIR.jpg)
8 daerah di Perak, Selangor berisiko banjir, ini senarai kawasan terlibat
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat dalam tempoh 24 jam di lapan daerah di Perak dan Selangor.
![10 negeri termasuk KL, Johor berisiko banjir kilat, ini senarai kawasan terlibat - JPS 10 negeri termasuk KL, Johor berisiko banjir kilat, ini senarai kawasan terlibat - JPS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668687254_banjir.jpg)
10 negeri termasuk KL, Johor berisiko banjir kilat, ini senarai kawasan terlibat - JPS
JPS mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan Kedah, Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak.
![Kemungkinan banjir kilat di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah Kemungkinan banjir kilat di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668603505_BANJIRPONTIAN.jpg)
Kemungkinan banjir kilat di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi empat negeri melibatkan Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah.