KUALA LUMPUR: Penganjuran Anugerah Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) tepat pada masanya ketika Kerajaan Perpaduan sedang memberi fokus usaha meningkatkan integriti dan tata kelola baik serta menghapuskan rasuah di negara ini.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, AIGA boleh menjadi pencetus dan penanda aras kepada semangat baharu tahap integriti dan tata kelola di negara ini.
"Sudah tiba masanya anggota perkhidmatan awam, pihak industri dan masyarakat seluruhnya menukarkan pendekatan tata laksanakan pengurusan masing-masing agar selaras dengan budaya tata kelola baik yang ingin ditekankan oleh kerajaan iaitu berpaksikan akauntabiliti, ketelusan dan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Intergriti, Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada Rabu.
Hadir sama dalam majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Tambah Fadillah lagi, penganjuran AIGA boleh dijadikan program tahunan utama dalam pemantapan integriti dan tata kelola di negara ini.
"Saya amat berharap AIGA dapat menjadi pencetus dan penanda aras kepada semangat baharu negara dalam meningkatkan tahap integriti, tata kelola dan antirasuah bagi sektor awam dan juga pengurusan sektor swasta.
"Oleh yang demikian saya menyarankan agar AIGA yang dilaksanakan oleh IIM ini dapat dijadikan sebagai salah satu program flagship tahunan terutama dalam konteks pemantapan integriti dan tata kelola baik negara," jelasnya lagi.
Tambah Fadillah, kerajaan sentiasa memberi komitmen terhadap agenda pemantapan integriti dan tata kelola baik menerusi peranan IIM.
"Tata kelola pemerintahan negara kita juga hendaklah memaksimumkan pengamalan integriti dalam proses membuat keputusan serta bertindak balas secara aktif kepada keperluan rakyat setiap masa. Inilah teras perkhidmatan Kerajaan Perpaduan," katanya.
Selari dengan komitmen Kerajaan Perpaduan kata Timbalan Perdana Menteri itu lagi, peranan dan fungsi IIM perlu terus diperkukuhkan sesuai dengan keperluan negara.
Fareez Azman
Wed Jan 18 2023

Fadillah berkata, kerajaan sentiasa memberi komitmen terhadap agenda pemantapan integriti dan tata kelola baik menerusi peranan IIM. - Gambar fail

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

AIGA 2022 boleh dijadikan program tahunan utama - Fadillah
AIGA2022 oleh IIM tepat pada masanya ketika Kerajaan Perpaduan sedang memberi fokus usaha meningkatkan integriti dan tata kelola baik serta menghapuskan rasuah.

AIGA2022: Kerajaan tidak akan berkompromi segala bentuk rasuah dan penyelewengan - Fadillah
Kerajaan tidak akan berkompromi dengan segala bentuk rasuah dan penyelewengan yang berlaku di negara ini.