JOHOR BAHRU: Pasukan Tindakan Pantas (QRT) imigresen akan bertugas selama 12 jam, bagi membantu penugasan pegawai imigresen dalam memastikan kelancaran operasi di kaunter pemeriksaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Aidilfitri ini.
Ketua Imigresen BSI Adam Abu Hanipah berkata terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.
"Pegawai QRT ini akan diaktifkan untuk sokongan dan membantu pegawai di kaunter pemeriksaan, sekiranya pegawai bertugas sedia ada perlu melaksanakan sesuatu urusan.
"Semenjak QRT ditubuhkan pada Februari tahun lepas, ia telah menunjukkan keberkesanan dalam membantu kelancaran di kaunter pemeriksaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di CIQ BSI, di sini hari ini.
Beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 260 sehingga 280 pegawai imigresen bertugas di antara lapan sehingga sembilan jam mengikut syif pagi, petang dan malam, di kaunter-kaunter pemeriksaan BSI.
"Kita ada empat kumpulan yang ditugaskan mengikut tiga syif tersebut, dengan satu kumpulan mempunyai kira-kira 260 sehingga 280 pegawai bertugas dengan penugasan secara maksimum bagi setiap syif tersebut," katanya.
Adam berkata dalam pada itu berkata pihaknya sentiasa bersiap siaga dan memberikan komitmen untuk membuka kesemua kaunter yang beroperasi, bagi menghadapi kesesakan yang dijangka berlaku susulan perayaan itu.
Beliau turut menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan dan memberikan kerjasama serta pertimbangan yang sewajarnya, dalam membantu kelancaran proses di kaunter pemeriksaan BSI.
Pengarah JIM Johor Baharuddin Tahir sebelum ini dilapor sebagai berkata laluan kontra di CIQ BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri akan diaktifkan, sekiranya kesesakan berlaku di kedua-dua pintu masuk laluan darat Malaysia-Singapura Aidilfitri ini.
Beliau berkata pihaknya turut menjangkakan pertambahan kemasukan pelawat semasa musim perayaan Aidilfitri, susulan statistik pada Januari sehingga Mac lepas telah mencatatkan kemasukan kira-kira 41.4 juta pelawat di BSI dan KSAB.
Baharuddin berkata jumlah kemasukan pelawat di kedua-dua pintu masuk bagi tempoh sehari sebelum Aidilfitri sehingga hari raya kedua pada tahun lepas, mencatatkan kemasukan seramai 357,265 pelawat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024

Ketua Imigresen Bangunan Sultan Ismail (BSI) Adam Abu Hanipah (kiri) ketika meninjau kelancaran di kaunter pemeriksaan laluan kereta menjelang perayaan Aidilfitri di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) BSI, hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Aidilfitri: QRT bertugas 12 jam bantu kelancaran operasi kaunter pemeriksaan CIQ BSI
Terdapat seramai 12 pegawai QRT ditempatkan di BSI, yang berperanan sebagai pegawai gantian melibatkan kesemua kaunter laluan pemeriksaan kenderaan.