KUALA LUMPUR: Hanya 10 peratus pegawai dan anggota polis di seluruh negara dibenarkan untuk bercuti sempena Aidilfitiri kali ini, manakala selebihnya akan berada dalam mod bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata bermula 30 April hingga 4 Mei, dijangkakan tempoh orang ramai pulang ke kampung halaman untuk berhari raya selepas dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.
"KDNKA mempunyai kira-kira 26,000 pegawai dan anggota dan hanya 10 peratus yang akan bercuti, kami menjangkakan waktu itu, pergerakan besar-besaran akan berlaku di seluruh negara.
"Yang lain (yang tidak bercuti) akan terlibat bertugas dan bersiap sedia untuk apa jua kemungkinan misalnya seperti bencana dan lain-lain. Kami juga bersiap-sedia daripada aset polis untuk dikerahkan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah KDNKA di Padang Kawad Briged Tengah Pasukan Gerakan Am di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hazani berkata KDNKA juga akan meningkatkan pemantauan di lokasi 'hotspot' sempena Aidilfitiri termasuk pasukan pemantau prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan SOP dipatuhi sepenuhnya seperti yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.
"Polis juga bukanlah sewenang-wenangnya mengeluarkan kompaun namun akan memberikan nasihat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan," katanya.
Beliau berkata sejak negara mula memasuki fasa peralihan endemik bermula awal bulan ini, jumlah kompaun yang dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dicatatkan menurun dan orang ramai dilihat mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Selain itu, KDNKA juga akan terus meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara bagi mengekang kemasukan pendatang tanpa izin menjelang musim perayaan Aidilfitri ini," katanya.
Dalam pada itu, polis turut menahan 13 warga Myanmar termasuk seorang 'ejen pengangkut' di Kelantan, semalam.
POLIS-AIDILFITRI (CUTI) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Hazani berkata sindiket berkenaan menggunakan kenderaan seperti Toyota Vellfire dan Toyota Alphard bagi membawa pendatang tanpa izin dari sempadan negara.
"Kami ada makumat berkenaan perkara ini dan melakukan pemantauan sepenuhnya terhadap individu yang cuba membawa masuk pendatang tanpa izin secara tidak sah ini.
"Kami juga akan kongsikan maklumat dengan jabatan lain seperti Cawangan Khas dan Ibu Pejabat Polis Kontijen yang bersempadan dengan darat dan laut bagi mengekang kegiatan sindiket ini.
Terdahulu, Hazani menyaksikan serah terima tugas antara Timbalan Pengarah KDNKA (Pasukan Gerakan Am) Datuk Kasuahdi Ali dengan DCP Muhammad Abdul Halim.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022

Menurut Hazani, bermula 30 April hingga 4 Mei, dijangkakan tempoh orang ramai pulang ke kampung halaman untuk berhari raya selepas dua tahun pelaksanaan PKP. - Bernama
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Video tular anggota polis dimarahi depan IPD Kulai, empat lelaki ditahan
Polis menahan empat lelaki tempatan selepas tular satu video memaparkan kejadian seorang anggota polis dimarahi di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai pada Selasa.

Polis terima laporan gangguan seksual anggota polis terhadap aktivis pelajar
Polis menerima laporan daripada seorang aktivis pelajar yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota agensi keselamatan itu ketika keterangannya direkodkan.

Thaipusam: 1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa ini.

Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.

Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.

Anggota polis dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama rakan di tali air
Seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi-manda bersama rakan-rakannya di tali air.

Anggota polis didakwa rompak jongkong emas bernilai lebih RM500,000
Koperal Muhammad Arieff Marhalim, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

JIPS mulakan siasatan berkaitan anggota polis tunjuk isyarat lucah
Polis belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan dan menyeru wanita terbabit tampil membuat laporan bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

Lebih 1,000 pegawai, anggota polis terjejas banjir di Kelantan - Ayob Khan
Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis daripada 469 keluarga di Kelantan terjejas akibat banjir, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Polis buka kertas siasatan tiga anggota polis berhibur di Golok
Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung tiga anggota polis yang disyaki berhibur di Golok, Thailand.