Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Persatuan Persahabatan Ahli Parlimen Jepun-Malaysia (JMPFA).
Pelbagai kerjasama dua hala dibincangkan dalam pertemuan dengan delegasi JMPFA diketuai pengerusinya Keiji Furuya yang kini berada di Malaysia bersempena Festival Jepun, di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri di sini.
Dalam kenyataan, Ahmad Zahid berkata Malaysia dan Jepun akan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin daripada perkongsian dipertingkatkan kepada perkongsian strategik.
Beliau berkata pertukaran lawatan di pelbagai peringkat di antara Malaysia dan Jepun akan meneruskan momentum perbincangan peringkat tertinggi kedua-dua negara untuk kebaikan rakyat masing-masing.
"Malaysia dan Jepun merancang untuk melaksanakan pelbagai program bagi menyambut ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-60 pada tahun depan," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan Malaysia berharap firma-firma Jepun akan menyertai tender yang akan dibuka untuk projek kereta api berkelajuan tinggi menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura.
"Kerajaan Jepun telah menawarkan pakej bantuan kewangan untuk projek kereta api berkelajuan tinggi. Malaysia maklum akan track record Jepun yang baik dalam projek seumpama ini dan berharap firma-firma Jepun akan menyertai tender yang dibuka kelak," katanya.
Mengenai industri halal, Ahmad Zahid berkata Malaysia bersedia untuk berkongsi kepakaran, pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan industri halal dan juga pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan Jepun.
"Keperluan ke atas produk-produk halal akan semakin meningkat di Jepun pada Sukan Olimpik 2020. Jepun menyasarkan peningkatan kunjungan pelancong dan berminat untuk membangun dan meningkatkan industri halal mereka," katanya.
Mengenai gelombang kedua Dasar Pandang Ke Timur, Ahmad Zahid berkata Malaysia mendapat pulangan yang bermanfaat hasil daripada fasa pertama dasar itu terutamanya melalui program-program latihan dan pendidikan dalam bidang sains dan teknologi.
"Gelombang Kedua Dasar Pandang ke Timur akan meneruskan usaha-usaha memperkasakan kerjasama di antara dua negara, dengan ekonomi sebagai fokus utama, untuk meningkatkan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan dalam bidang-bidang yang menjadi keutamaan kedua-dua negara," katanya.
Malaysia dan Jepun mencatatkan jumlah dagangan dua hala sebanyak RM127.4 bilion (USD32.77 bilion), keempat terbesar di peringkat global. Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah dagangan bernilai RM77.92 bilion (USD19.07 bilion).
Jepun kekal sebagai pelabur asing terbesar dalam sektor pembuatan dengan lebih 1,400 syarikat Jepun beroperasi di Malaysia. Jumlah pelaburan pada tahun lepas adalah sebanyak RM4 bilion (USD 0.93 bilion) dengan 60 projek dan menghasilkan 5,201 peluang pekerjaan.
Bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah pelaburan adalah sebanyak RM1.1 bilion (USD0.3 bilion) dengan 36 projek dan 1,283 peluang pekerjaan. - BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2016
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan Pengerusi Persatuan Persahabatan Anggota Parlimen Jepun-Malaysia, Keiji Furuya (tiga, kiri) serta delegasinya di KDN hari ini. - fotoBERNAMA
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Pembentangan RUU Pekerja Gig ditangguh, kerajaan setuju perlu tingkat libat urus
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan Rang Undang-undang (RUU) Pekerja Gig yang sepatutnya dibentangkan di Parlimen pada Disember ini.
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
TPM Zahid tiba di Abu Dhabi, lawatan rasmi pertama ke UAE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Abu Dhabi, bagi memulakan kerja ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Politeknik Port Dickson diiktiraf institusi TVET terbaik Asia Pasifik - Ahmad Zahid
Politeknik Port Dickson diiktiraf sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Johor negeri pertama miliki majlis pembangunan bakat melalui penubuhan JTDC - TPM
Johor menjadi negeri pertama di Malaysia memiliki majlis pembangunan bakatnya sendiri melalui penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) yang dilancarkan hari ini.
Belanjawan 2025: RM10 juta untuk bina stadium e-sukan baharu - Ahmad Zahid
Sebanyak RM10 juta daripada keseluruhan RM20 juta yang diperuntukan bagi pembangunan ekosistem e-sukan menerusi Belanjawan 2025, akan digunakan untuk pembinaan stadium e-sukan baharu.
Tragedi tsunami perkukuh komitmen ASEAN mengenai keperluan kurangkan risiko bencana
Tragedi tsunami memperkukuh komitmen antara negara ASEAN tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana.
Ahmad Zahid hadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai pengurusan bencana
Mesyuarat berkenaan membabitkan wakil dari negara-negara angota ASEAN yang terlibat secara langsung dalam pengurusan risiko bencana.
TPM Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Sze Fei-Nur Izuddin juarai Terbuka Artik
Kebangkitan #FeiDin menyuntik semangat juang yang tinggi dan inspirasi buat kita semua, kata Ahmad Zahid.
Parlimen: Ahmad Zahid ingatkan MP BN bawa suara rakyat secara bertanggungjawab
Semua Ahli Parlimen BN diingatkan memainkan peranan mereka dengan berkesan pada sidang Parlimen kali ini yang bermula 14 Okt ini.