Orang ramai diminta menghentikan sebarang spekulasi berhubung nahas helikopter awam yang terhempas di Kampung Sungai Pening di Semenyih, petang semalam, sebagai menghormati keluarga mangsa.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan segelintir pengguna media sosial yang membuat pelbagai spekulasi termasuk mengaitkan kejadian itu dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan adalah sesuatu yang tidak wajar.
"Ada yang menyatakan (pengguna media sosial) kejadian itu adalah balasan Allah SWT kerana kita (kerajaan) melaksanakan GST dan zalim kepada orang miskin.
"Jangan buat cerita tidak baik daripada kejadian itu. Ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan GST dan hanya akan mengguriskan perasaan anggota keluarga," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan GST di restoran makanan segera KFC Cawangan Simpang Renggam, di sini, hari ini.
Nahas helikopter AS365N2 Dauphin itu mengorbankan kesemua enam orang di dalamnya iaitu Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia yang juga bekas menteri Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Datuk Azlin Alias, juruterbang Kpt Clifford William Fournier, pembantu operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan B Seran dan usahawan Datuk Tan Huat Seang.
Sambil menyifatkan kehilangan dua sahabat iaitu Jamaluddin dan Azlin, Ahmad turut berharap siasatan terhadap nahas terbabit dilakukan secara menyeluruh bagi mengelak sebarang keraguan sekali gus meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap industri penerbangan.
"Walaupun kita tahu kejadian berlaku ketika hujan dan cuaca buruk, tetapi, kita tidak boleh ambil mudah dan buat rumusan kejadian berlaku disebabkan cuaca.
"Ia berkemungkinan sabotaj, kerosakan teknikal ataupun tidak mematuhi prosedur. Kalau ada sebab lain, maka, ia perlu dinyatakan supaya tidak timbul keraguan sehingga dikhuatiri menyebabkan industri penerbangan negara ini merosot," katanya sambil berharap seluruh anggota keluarga mangsa bersabar dengan kejadian berkenaan.
Bernama
Sun Apr 05 2015

AHMAD MASLAN: Orang ramai diminta menghentikan sebarang spekulasi berhubung nahas helikopter awam yang terhempas di Kampung Sungai Pening di Semenyih. -Gambar fail
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.

Lebih ramai pakar tempatan perlu bangunkan perisian BIM - Ahmad Maslan
Lebih ramai pakar tempatan perlu membangunkan Perisian Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM).

RM15.09 bilion projek berkaitan lebuh raya dianugerah kepada kontraktor bumiputera
Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Pusat simulasi bencana pertama di Malaysia dijangka siap Februari 2025
Projek pembinaan tapak khas simulasi bencana bagi pasukan SMART di Pulau Meranti, Puchong dijangka siap pada Februari ini.

Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.

JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.

Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.

SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.

Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.