KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad memfailkan saman terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua pihak lain, bagi menuntut pampasan berhubung kerugian dialaminya selepas pengambilalihan saham Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Berhad (UEM) oleh kerajaan, hampir 23 tahun lepas.
Saman itu difailkan Halim selaku plaintif menerusi Tetuan Malik Imtiaz Sarwar di Mahkamah Tinggi di sini pada 2 Ogos lepas, dengan menamakan Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Halim yang merupakan bekas pengerusi eksekutif dan pengarah Renong mendakwa, beliau berniat untuk membuat tawaran am bagi menswastakan UEM sebagai anak syarikat Renong, dengan pelaksanaan itu membolehkan plaintif memperoleh kawalan serta milikan penuh ke atas UEM.
"Namun, saya diarahkan oleh Dr Mahathir dan Tan Sri Nor Mohamed, supaya tidak meneruskan tawaran am itu kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui entiti yang ditetapkan, iaitu Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan oleh Khazanah.
"Saya juga diarahkan agar keluar daripada UEM dan Renong sebagai pemegang saham, dan juga pengarah termasuk anak-anak syarikat dua syarikat itu. Ini mewajibkan saya untuk menyerahkan kawalan ke atas Renong dan UEM kepada kerajaan, dan selanjutnya melupuskan saham Renong milik saya dengan kerugian," dakwanya dalam pernyataan tuntutan itu.
Halim mendakwa Khazanah telah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd sekali gus memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus saham Renong.
"Dengan cara ini, kerajaan mengambil alih UEM dan secara tidak langsung memperoleh kawalan dan hak milik tidak langsung ke atas kumpulan Renong," katanya.
Plaintif turut mendakwa perancangan kerajaan untuk mengambil alih UEM dan akhirnya diswastakan tidak akan dapat dicapai tanpa sokongannya.
"Tindakan kolektif dan bersepadu kesemua defendan, menyebabkan saya kehilangan kawalan ke atas Renong dan kawalan secara tidak langsung ke atas UEM, dan asetnya yang sangat bernilai termasuk Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Elite Expressway dan Laluan Kedua Malaysia (LINKEDUA)," dakwanya dan menambah beliau mengalami kerugian kewangan akibat daripada tindakan kesemua defendan.
Oleh itu, Halim antaranya memohon deklarasi dan pampasan berhubung pengambilan saham secara paksa oleh kerajaan bagi tempoh antara Julai dan Oktober 2001.
Plaintif juga memohon deklarasi bahawa beliau pemegang saham Renong dan mendakwa kerajaan telah melanggar Perkara 8(1) atau Perkara 13(2) Perlembagaan Persekutuan, kerana gagal memberikan pampasan memadai kepadanya.
Beliau turut memohon perintah supaya kerajaan membayar pampasan kepadanya, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan atau teruk, faedah, kos atau relif yang sesuai oleh mahkamah.
Pada 2013, Halim memfailkan tuntutan saman RM1.8 bilion terhadap kerajaan, Khazanah dan Nor Mohamed selepas mendakwa beliau ditipu, bagaimanapun saman itu ditolak Mahkamah Tinggi di sini dan beliau juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Saman difailkan pada 2 Ogos itu menamakan Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan sebagai defendan. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ahli perniagaan saman Dr Mahathir, kerajaan isu saham Renong
Saman difailkan pada 2 Ogos itu menamakan Dr Mahathir, bekas Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan sebagai defendan.