Seorang ahli perniagaan kerugian RM490,000 selepas diperdayakan seorang lelaki bergelar 'Datuk' dalam urusan jual beli tanah untuk projek penternakan udang, sejak lima tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 50 tahun mendakwa suspek memberitahu boleh membantunya mendapatkan tanah di Sungai Buah Beras di Rompin bagi tujuan tersebut.
"Suspek telah mengajak mangsa menandatangani surat akuan pada 20 Okt 2013 dan menunjukkan surat permohonan tanah kerajaan bagi projek penternakan udang itu.
"Mangsa diminta membayar RM300,000 yang akan dipulangkan jika permohonannya gagal, namun sekitar 2014 dan 2015, mangsa dimaklumkan tanah itu telah diberikan kepada orang lain," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata suspek kemudiannya menjanjikan tanah di Mukim Penor di sini, kepada mangsa sebagai ganti dan memintanya memasukkan wang tambahan RM190,000 ke dalam akaun anak lelaki suspek.
Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa suspek tidak dapat dihubungi walaupun telah mencuba berkali-kali untuk bertanyakan status permohonannya, menyebabkan dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, semalam.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Dalam kes berasingan, beliau berkata seorang suri rumah kerugian RM8,000 yang kononnya sebagai bayaran untuk mendapatkan hadiah berbentuk wang tunai daripada rakan lelaki yang dikenalinya menerusi laman sosial Facebook.
Katanya mangsa yang berusia 54 tahun itu mendakwa berkenalan dengan suspek pada awal bulan ini dan menerima salinan resit yang dikatakan sebagai bukti penghantaran pada 17 Ogos lepas.
"Tiga hari kemudian, mangsa menerima panggilan yang didakwa daripada wakil syarikat penghantaran meminta bayaran RM2,000 sebagai caj perkhidmatan.
"Mangsa kemudiannya diminta menjelaskan RM6,000 kononnya bayaran denda kerana penghantaran wang tunai boleh dikatakan sebagai wang seludup yang dijelaskannya pada Jumaat lepas," katanya.
Beliau berkata berasa diri ditipu selepas tidak menerima hadiah tersebut mangsa kemudian membuat laporan polis di IPD Kuantan, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 30 2018
![Ahli perniagaan rugi RM490,000 diperdaya Datuk Ahli perniagaan rugi RM490,000 diperdaya Datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/81525341811_Gaji.jpg)
Mangsa menerima panggilan yang didakwa daripada wakil syarikat penghantaran meminta bayaran RM2,000 sebagai caj perkhidmatan. - Gambar hiasan
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Pendaki Gunung Angsi, Datuk tanpa permit berdepan denda RM10,000 Pendaki Gunung Angsi, Datuk tanpa permit berdepan denda RM10,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739684514_TBPendaki.jpg)
Pendaki Gunung Angsi, Datuk tanpa permit berdepan denda RM10,000
Pengunjung atau pendaki yang menjalankan aktiviti pendakian di Taman Eko-Rimba dan trek pendakian di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan perlu mendapatkan permit.
![Kru kabin berdepan denda hampir RM100,000 gara-gara bergambar di sayap pesawat Kru kabin berdepan denda hampir RM100,000 gara-gara bergambar di sayap pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739670681_TBKrukabin.jpg)
Kru kabin berdepan denda hampir RM100,000 gara-gara bergambar di sayap pesawat
Seorang kru kabin sebuah syarikat penerbangan tambang murah Korea Selatan bertindak memanjat sayap pesawat untuk bergambar.
![Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737019931_ArmizanMohdAli.jpg)
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
![Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736240139_TBSENOIPRAAQ.jpg)
Rentas sempadan guna laluan haram: Tiga rakyat Malaysia didenda
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 5 (1) Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama.
![Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735463448_TBGAVEL.jpg)
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
![Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turunkan kandungan terlarang Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turunkan kandungan terlarang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735345902_tiktok.jpg)
Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turunkan kandungan terlarang
Tik Tok Pte Ltd didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 2 Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia.
![Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733742339_TBGAVEL.jpg)
Wanita warga Thailand didenda RM9,000 miliki 34kg minyak masak bersubsidi
Wanita itu didakwa dalam keadaan menimbulkan syak dan niat munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
![Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721361264_NEtflixlogo.jpg)
Pihak berkuasa Belanda denda Netflix kerana langgar peraturan perlindungan data
Netflix didapati gagal memberi maklumat yang jelas kepada pelanggan dalam kenyataan privasinya mengenai bagaimana data mereka digunakan.
![Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733298892_tbVictorAxelsen.jpg)
Silakan hukum saya - Victor Axelsen kepada BWF
Victor Axelsen meluahkan kekecewaannya terhadap BWF yang memuat naik kenyataan berhubung penarikan dirinya daripada Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China.
![Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729581448_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.