BANGKOK: Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Teow Wooi Huat dijangka dihantar ke China sebelum akhir bulan ini, kata penolong ketua polis Thailand Lt Jen Surachate Hakparn.
Walaupun polis Malaysia juga meminta Teow dihantar pulang, Surachate berkata "tiada waran tangkap dikeluarkan terhadap Teow di Malaysia".
Beliau berkata polis Thailand menerima permintaan ekstradisi daripada kerajaan China.
"Kami berusaha (ekstradisi Teow) selama lebih sebulan. Kami mengemukakan permintaan kepada Peguam Negara. Sebaik selesai, Teow akan dihantar pulang ke China sebelum akhir tahun ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
BACA: 'Jho Low 2' ditahan terlibat pengubahan wang haram di Thailand
Usahawan kelahiran Pulau Pinang berusia 55 tahun itu digelar Jho Low 2, merujuk kepada seorang lagi ahli perniagaan yang diburu Malaysia Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, berada dalam senarai Notis Merah Interpol untuk disoal siasat.
Pada 22 Julai, Teow pengasas Kumpulan MBI ditahan Polis Imigresen Thailand selepas visanya dibatalkan dan sejak itu dia menunggu pengusiran pihak berkuasa Thailand.
Malaysia dan China memburu Teow. China difahamkan merupakan negara pertama yang meminta Teow diekstradisi.
Polis Beijing juga dilaporkan mahu dia disoal siasat berikutan saman yang difailkan kira-kira 400 pelabur dari China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai hampir RM100 juta.
Pada 25 Julai lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pasukan itu dalam proses memohon Teow dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Teow menjadi tajuk utama di Thailand. Pada 2011, dia dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM160,000 atas dua pertuduhan menipu lebih RM1 juta dalam skim pelaburan - Island Red Cafe.
Pada 2017, pihak berkuasa Malaysia membekukan sejumlah 91 akaun bank dengan RM177 juta yang dikaitkan dengan MBI International.
Pada 2019, ratusan warga China mengadakan bantahan secara aman di luar Kedutaan China di Kuala Lumpur mendakwa mereka ditipu skim piramid dalam talian yang dikendalikan MBI.
Tahun lepas, polis berkata Teow dan dua anak lelakinya terlibat dalam skim penipuan Macau melibatkan RM336 juta. Bagaimanapun, polis percaya Teow telah melarikan diri ke negara itu dan bersembunyi di Dannok, Sadao, selatan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 04 2022

Usahawan kelahiran Pulau Pinang berusia 55 tahun itu digelar Jho Low 2, merujuk kepada seorang lagi ahli perniagaan yang diburu Malaysia Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1MDB.- Fail/Sinar Harian

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.

Mahkamah Thailand akan putuskan ekstradisi ahli perniagaan Malaysia pada 18 Jan
Ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki, Teow Wooi Huat akan mengetahui nasibnya pada 18 Jan apabila Mahkamah Jenayah Bangkok memutuskan sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau China.

Mahkamah Thailand akan putuskan ke mana ahli perniagaan Malaysia akan diekstradisi
Permohonan ekstradisi Malaysia didengar oleh Mahkamah Jenayah Bangkok pada Khamis.

Ahli perniagaan Malaysia Teow akan diekstradisi ke China bulan ini - Polis Thailand
Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan Teow Wooi Huat dijangka dihantar ke China sebelum akhir bulan ini, kata penolong ketua polis Thailand Lt Jen Surachate Hakparn.

Ahli perniagaan Malaysia, Teow akan dihantar ke China - Polis Thailand
Ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan Teow Wooi Huat dijangka dihantar ke China tidak lama lagi, meskipun polis Malaysia turut memintanya dihantar pulang ke tanah air.

Polis Johor henti siasatan terhadap ahli perniagaan 'Tedy Teow'
Polis Johor menghentikan siasatan terhadap seorang ahli perniagaan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand berhubung kes penipuan pembelian hartanah.

Ahli perniagaan Malaysia dalam buruan mungkin dihantar ke China hari ini
Ahli perniagaan Malaysia Teow Wooi Huat masih berada di bawah tahanan pihak imigresen Thailand dan menunggu untuk dihantar ke China.

Bukit Aman sah Teow ditahan di Thailand, akan dibawa pulang
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan ahli perniagaan yang menjadi buruan Teow Wooi Huat kini ditahan pihak berkuasa Thailand.

Thailand: Visa ahli perniagaan Malaysia dalam buruan dibatalkan, tunggu diusir
Visa ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan Teow Wooi Huat telah dibatalkan dan sedang menunggu untuk diusir keluar oleh pihak berkuasa Thailand.