BANGKOK: Ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan Teow Wooi Huat dijangka dihantar ke China tidak lama lagi, meskipun polis Malaysia turut memintanya dihantar pulang ke tanah air.
Penolong ketua polis negara Pol Lt-Gen Surachate Hakparn berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand di Bangkok, Jumaat.
"Kini, dia (Teow) berada di bawah kawalan Polis Imigresen dan (kami) sedang bersiap untuk menghantarnya ke China," katanya.
Malaysia dan China berusaha menjejaki Teow yang berada dalam senarai notis merah Interpol untuk disoal siasat.
Teow berada di bawah tahanan Polis Imigresen Thailand selepas visanya dibatalkan pada 22 Julai, dan sejak itu dia menunggu pengusiran pihak berkuasa Thailand.
Pada 25 Julai lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pihaknya dalam proses memohon agar Teow dihantar pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Teow juga dikehendaki polis Beijing membabitkan saman yang difailkan kira-kira 400 pelabur China untuk mendapatkan semula pelaburan bernilai kira-kira RM100 juta.
Teow sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia pada 9 Ogos, tetapi terhenti susulan pihak berkuasa Thai turut menerima permintaan ekstradisi daripada kerajaan China.
Teow, 55, mengasaskan Kumpulan MBI dan mengendalikan kompleks hiburan, termasuk sebuah resort di Danok yang terletak di sempadan Thailand-Malaysia, serta membina empayar perniagaan menerusi skim pelaburan dalam talian yang meragukan hingga menarik pelabur dari China, Thailand, Malaysia, Indonesia dan Macau.
Pada 2017, Teow telah ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan dadah tetapi dia berjaya meloloskan diri ke Thailand dan terlepas hukuman mati.
Pada 2019, kira-kira 100 warga China mendakwa mereka telah ditipu oleh skim piramid dalam talian yang dikendalikan oleh MBI serta mengadakan protes secara aman di luar Kedutaan China di Kuala Lumpur.
Pada tahun yang sama, pihak berkuasa Malaysia membekukan 91 akaun bank berjumlah RM177 juta yang dikaitkan dengan MBI Group International.
Bank Negara turut menyenaraikan MBI sebagai sebuah syarikat yang menjalankan skim kewangan yang meragukan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022

Malaysia dan China berusaha menjejaki Teow yang berada dalam senarai notis merah Interpol untuk disoal siasat. - Foto fail

Peniaga warga emas rugi RM300,378 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan pelaburan mata wang kripto di laman web Silegx dan membuat beberapa transaksi sebelum menyedari dia ditipu.
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.

Manipulasi saham, ahli perniagaan Malaysia kena penjara 36 tahun
Ahli perniagaan Malaysia, John Soh Chee Wen dihukum 36 tahun penjara selepas didapati bersalah memanipulasi pasaran saham terbesar negara republik itu.

Ahli perniagaan Malaysia, Teow akan dihantar ke China - Polis Thailand
Ahli perniagaan Malaysia yang menjadi buruan Teow Wooi Huat dijangka dihantar ke China tidak lama lagi, meskipun polis Malaysia turut memintanya dihantar pulang ke tanah air.