KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis rasmi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa hari ini sehingga 14 Jun ini.
Bagaimanapun menurut prosedur operasi standard (SOP) Am PKP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam, mereka masih dibenarkan merentas negeri dan daerah untuk melawat kawasan masing-masing.
Mengikut SOP itu, untuk pelaksanaan PKP kali ini, MKN tidak membenarkan sebarang pergerakan rentas sempadan negeri dan daerah (berdasarkan sempadan daerah ditetapkan Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata selaras dengan arahan itu semua majlis yang berkaitan dengan portfolionya ditangguhkan sementara.
"Kami akur dan sokong dengan arahan yang diberikan itu kerana ia dilakukan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian penularan penyakit ini. Bagaimanapun ini bukan penghalang untuk kami turun membantu rakyat yang terjejas PKP.
"Contohnya di Parlimen Hulu Terengganu sendiri, kami mengambil inisiatif mewujudkan Gerobok Prihatin di setiap masjid yang menyediakan pelbagai barangan makanan keperluan harian seperti gula, beras, tepung dan barangan secara percuma untuk penduduk yang memerlukan.
"Dengan cara itu, kami tidak perlu mengadakan majlis dan pada masa yang sama penduduk juga tidak perlu berkumpul untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu ADUN Guai, Pahang, Datuk Seri Noroazali Sulaiman berkata walaupun tanpa majlis rasmi, kebenaran yang diberikan oleh MKN itu membolehkan wakil rakyat untuk turun padang bagi membantu rakyat yang terkesan dengan PKP.
"Walaupun PKP, tetapi wakil rakyat masih perlu turun untuk menjenguk dan bertanya khabar rakyat untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan kerana kita tahu ramai yang kehilangan punca pendapatan dan sumber mata pencarian.
"Namun dalam masa yang sama kami mengharapkan MKN memberi sedikit penjelasan berhubung jumlah perkumpulan yang bersesuaian semasa kami turun ke kawasan untuk menyampaikan bantuan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021
Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata selaras dengan arahan itu semua majlis yang berkaitan dengan portfolionya ditangguhkan sementara. - Gambar fail
Maduro seru demonstrasi menjelang angkat sumpah 10 Januari
Seruan itu hadir di tengah-tengah ketegangan politik yang semakin memuncak di Venezuela.
Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang berada di dalam nahas Jeju Air 7C2216.
Yoon gagal hadir kali ketiga bagi soal siasat
CIO dijangka memohon waran tangkap terhadap Yoon Suk Yeol, langkah yang belum pernah dilakukan terhadap seorang presiden yang masih berkhidmat.
Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
Polis NSW memaklumkan bahawa juruterbang pesawat meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketiga janji kejutan
Dong-hyuk berjanji bahawa musim akan datang akan terus mencabar pelakon dan penonton dengan dilema dan kelainan.
Dua anggota tentera mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak
Mahadi dan Muhamad Aizat Hakim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
UK gesa siasatan nahas pesawat Azerbaijan Airlines susulan permohonan maaf Putin
United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman.
Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo memaklumkan Kerajaan akan menggerakkan segala sumber dalam memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas.
Jeju Air mohon maaf, akan beri kerjasama lengkapkan siasatan
Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
Mpox: 'PKP tidak akan berulang' - Dr Dzulkefly
Kerajaan tidak akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini berhubung kes virus cacar monyet atau mpox.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.