Semangat kesukanan tinggi dan dahagakan cabaran 'sebenar' membuatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah lebih selesa meninggalkan darjat rasmi baginda di luar padang terutamanya ketika beraksi di gelanggang sukan polo berkuda.
Minat dan rasa cinta mendalam terhadap sukan sering kali mengatasi status dan protokol Seri Paduka sebagai seorang yang berketurunan raja, demikian pandangan Datuk Hata Ali, rakan karib dan rakan berlatih polo Sultan Abdullah.
Bercerita tentang perilaku Seri Paduka semasa beraksi di padang, Hata, 73, berkata sikap keterbukaan dan profesional Seri Paduka dalam bersukan membuatkan Sultan Abdullah disenangi kawan mahupun lawan ketika di atas padang.
"Baginda sama macam anda dan saya, sama juga dengan lawan baginda ketika di atas padang. Jangan ingat (ketika main polo) lawan akan kata... oh dia Tuanku, jadi kita tidak boleh langgar dia.
"(Sebenarnya) Baginda lebih suka apabila orang langgar, maknanya baginda nak lawan balik, semangat juang baginda sangat tinggi," katanya kepada Bernama dalam temu bual bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.
Bercerita lanjut, Hata berkata minat Seri Paduka terhadap sukan polo bermula ketika berusia belasan tahun lagi apabila Sultan Abdullah mengiringi Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah bermain polo pada ketika itu.
Hata berkata semasa itu jugalah persahabatannya dengan Sultan Abdullah mula terjalin apabila kedua-dua mereka sering bertemu di gelanggang polo yang sama.
Mengenai aksi Seri Paduka semasa bermain polo, beliau berkata Sultan Abdullah dikenali sebagai seorang pemain polo yang sangat 'calculative' dengan mengutamakan logik dan mampu membaca permainan dengan baik.
"(Ketika di atas padang) Tuanku seorang 'motivator' yang hebat, baginda suka menggalakkan pemain lain supaya fokus dan memberikan usaha seratus peratus. Tuanku seorang ahli sukan serba boleh, kalau anda bercakap tentang polo atau hoki, baginda memang tahu semua," katanya.
Selain bermain polo di dalam negara, Sultan Abdullah sering berangkat ke luar negara seperti ke Argentina dan England untuk bermain polo dengan pemain handalan dunia, malahan Seri Paduka juga pernah bermain bersama Putera Charles, Prince of Wales, kata Hata.
Sultan Abdullah kini merupakan Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia dan Presiden Kelab Polo Diraja Pahang.
Hata, yang sudah lebih 40 tahun mengenali Sultan Abdullah, berkata daripada sisi keperibadian, Seri Paduka merupakan seorang yang berprinsip dan tegas, selain sangat menitikberatkan sikap bersopan santun dalam pergaulan.
Sultan Abdullah juga merupakan seorang sahabat yang baik dan sangat terbuka kepada sebarang pandangan, kritikan dan pendapat berbeza, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2019
Gambar yang diambil pada tahun 1986 ini memaparkan baginda Al-Sultan Abdullah sedang beraksi dalam satu perlawanan sukan polo. - Kredit foto Buku Istiadat Perkahwinan Diraja Johor-Pahang
Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
Keputusan ini sejajar dengan yang diputuskan kerajaan pada 20 Dis lepas, untuk mengekalkan tarif elektrik bagi tempoh 1 Jan - 30 Jun 2025.
Jangan terlalu beri tekanan kepada saya - Justin
Prestasi pemain berusia 20 tahun itu menurun selepas mengalami kecederaan putus tendon Achilles kaki kirinya pada April 2023.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Portal rasmi Kerajaan Melaka, Tourism Melaka akan dilengkapi 'chatbot AI'
Penggunaan teknologi AI ini bukan sahaja mempercepat komunikasi, tetapi juga memberikan sokongan lebih cekap dan berkesan.
Empangan Hidroelektrik Nenggiri mampu kawal 40 peratus banjir di Kelantan
Projek itu juga berperanan sebagai kawasan tadahan air untuk menampung jumlah hujan yang mempengaruhi kenaikan paras sungai.
Pesawah di Melaka boleh sewa dron untuk aktiviti pertanian - Exco
Muhamad Akmal berkata, perkhidmatan dron tersebut ditawarkan pada harga berpatutan sejak Jun lalu.
Perkukuh keselamatan digital, hukuman lebih berat tangani isu kanak-kanak hilang, penderaan seksual
Lee berkata isu ini memerlukan tindakan segera memandangkan statistik mendedahkan ramai kanak-kanak hilang berisiko menjadi mangsa eksploitasi.
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
#AgongKita: Biodata Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah
Raja Zarith Sofiah merupakan seorang kerabat diraja yang bergiat aktif dalam pelbagai kerja kebajikan, khususnya melalui platform badan bukan kerajaan (NGO).
#AgongKita: 14 laluan yang ditutup akan dibuka secara berperingkat
Sebanyak 14 laluan yang ditutup sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, akan dibuka secara berperingkat, kata Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.
#AgongKita: Apa perlu kita tahu tentang muskat persalinan kebesaran Yang di-Pertuan Agong
Muskat adalah persalinan Istiadat Diraja yang dipakai pada istiadat tertentu seperti pertabalan, pembukaan penggal Parlimen dan lawatan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke luar negara.
#AgongKita: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong tumpuan Astro AWANI hari ini
Singgahsana Istana Negara hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
#AgongKita: Lontong, teh tarik ais Midway R&R Dusun Panti santapan pagi kegemaran Sultan Ibrahim
Keprihatinan dan keramahan Yang Dipertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap rakyat Johor, tidak hanya dapat diukur menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ).
'Saya tinggalkan satu mata dan satu telinga di Johor, jangan terkejut, saya tiba-tiba menjelma' - Agong
Sultan Ibrahim mengingatkan penduduk Johor bahawa Baginda akan senantiasa pulang ke Johor kerana itu adalah kampung Baginda.
Agong, Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
#AgongKita: Sultan Ibrahim terima menghadap PM Anwar di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Anwar merafak sembah tahniah Sultan Ibrahim sebagai Agong ke-17
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
Latihan ketenteraan bentuk jati diri, kewibawaan Sultan Ibrahim sebagai ketua utama negara
Latihan ketenteraan yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda.