KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak negara, Datuk Namat Abdullah, yang meninggal dunia hari ini.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarganya sabar dan tabah menghadapi suasana sedih serta pilu ini.
"Seri Paduka Baginda amat menghargai jasa Allahyarham kepada negara serta khidmat bakti beliau dalam mengharumkan nama Malaysia di persada bola sepak dunia.
"Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara.
"Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut kenyataan itu.
Allahyarham berusia 74 tahun yang menderita barah usus menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 5.30 petang tadi di kediaman anaknya di Kamunting, Perak.
Dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang, Allahyarham menjadi antara pemain bola sepak negara yang disegani atas sumbangan besarnya termasuk membantu Harimau Malaya ke Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972.
Antara rakan sepasukan Allahyarham ialah mendiang Datuk M Chandran; Datuk Soh Chin Aun; Wong Kam Fook; Allahyarham Wan Zawawi Wan Yusoff dan adik beliau Shaharudin Abdullah.
Di zaman gemilangnya, bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan ini terkenal di rantau Asia sebagai pemain pertahanan yang dihormati pasukan lawan.
Allahyarham memulakan karier sebagai pemain Pulau Pinang pada tahun 1965 dan pertama kali mewakili Malaysia pada Pesta Bola Sepak Merdeka 1968.
Selain mewakili Pulau Pinang dari tahun 1965 hingga 1975, beliau telah mewakili negara sebanyak 115 kali dengan yang terakhir ialah pada Kejohanan Ulang Tahun Jakarta 1975.
Astro Awani
Thu Dec 17 2020
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarganya sabar. -Facebook/ Istana Negara
Inisiatif Jalur dan Jalan China beri nafas baharu kepada Laluan Sutera - Menteri Kanan Kemboja
Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China telah memberikan nafas baharu kepada Laluan Sutera yang berkurun-kurun usianya dengan skop yang menyeluruh, merangkumi daratan dan lautan, ruang udara serta siber
Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia
Allahyarham Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.40 pagi tadi.
Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Khoo Poay Tiong bertanya kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berhubung kenderaan elektrik dalam sesi soal jawab lisan.
Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas apabila banjir gelombang kedua melanda negeri itu, pada Selasa.
Untung bersih MAHB naik kepada RM210.37 juta pada suku ketiga
MAHB pada Selasa berkata perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.53 bilion berbanding RM1.28 bilion sebelumnya.
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
'Saya kena kuat lawan kanser' - Khalid Ali
Disahkan menghidap kanser paru-paru awal Ramadan lalu, legenda bola sepak negara, Khalid Ali terima ujian Allah dengan reda.
Bapa Soh Chin Ann meninggal dunia
Bapa legenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Ann, Soh Tee Tong, meninggal dunia akibat uzur di Hospital Alor Gajah, awal hari ini.
Agong zahir takziah kepada keluarga legenda bola sepak Datuk Namat Abdullah
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarganya sabar.
Legenda bola sepak negara Mohamad Bakar meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.50 pagi Ahad ketika dirawat di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM).
Ola Bola bukan sekadar filem, tapi satu memori indah - James Wong
Menurut James, filem Ola Bola seperti mengimbau nostalgia kegemilangan sukan bola sepak negara 30 tahun lalu iaitu sekitar tahun 1980-an.