ANKARA (Turkiye): Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita dengan lawatan ke Turkish Aerospace Industry (TAI) serta berharap Malaysia dapat mempelajari teknologi dimiliki pemain utama aeroangkasa Turkiye itu.
"Mereka (TAI) telah melangkah begitu jauh dari segi teknologi dan berharap sangat dapat bekerjasama dengan Malaysia dalam perkara ini," titah Baginda sejurus selesai mengadakan lawatan di TAI di sini hari ini.
Terdahulu, Al-Sultan Abdullah berkenan menyaksikan pertunjukan udara menggunakan pesawat tempatan yang dibangunkan TAI antaranya helikopter T129 ATAK dan Gokbey, pesawat tanpa pemandu Anka dan Aksungur serta pesawat latihan Hurkus.
Al-Sultan Abdullah kemudiannya turut berkenan mencuba simulasi pesawat milik TAI.
TAI sebelum ini berminat untuk bekerjasama dan membangunkan industri aeroangkasa Malaysia dengan membawa kepakaran, pengeluaran produk tulen (OEM) ke Malaysia.
Mereka merancang untuk mewujudkan sebuah kilang pengeluaran produk aeroangkasa seperti jet, helikopter dan kenderaan udara tanpa pemandu di Malaysia dalam tempoh setahun dan menjadikannya sebagai pangkalan untuk rantau Asia Pasifik.
Yang di-Pertuan Agong dalam Lawatan Negara ke Turkiye selama tujuh hari bermula Isnin (15 Ogos).
Sementara itu, dalam program sama, Seri Paduka berkenan bertemu dan beramah mesra dengan sebahagian pelajar Malaysia sedang menuntut di Turkiye termasuk tujuh pelajar Malaysia yang menjalani latihan praktikal selama sebulan di TAI.
Tujuh pelajar dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu adalah pelajar dalam bidang aeroangkasa di UniKL cawangan Banting, Selangor dan juga kumpulan pertama yang terpilih mengikuti latihan praktikal di TAI tajaan UniKL.
Seorang daripada pelajar berkenaan, Ihsan Jamal, 25, berharap dapat menggunakan ilmu dan pengalaman yang dipelajari sepanjang sebulan di TAI di alam pekerjaan nanti.
Ihsan yang kini dalam tahun akhir pengajian, berpeluang mempelajari pesawat yang terdapat di TAI khususnya dalam pertahanan.
"Pesawat tanpa pemandu seperti Hurjet dan combat aircraft (pesawat tempur) yang dimiliki TAI dipelajari daripada awal iaitu reka bentuk sampai akhir gabungan semua komponen pesawat dalam satu bangunan.
"Selain itu, kami juga mempelajari bagaimana syarikat TAI membangunkan pesawat tersebut terbang dengan selamat," katanya yang ditemui Bernama.
Seorang lagi pelajar, Muhammad Danish Aqmar Rusdan, 21, berkata sepanjang sebulan latihan di TAI dia dapat mengembangkan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan komputer yang dipelajarinya.
"Kebanyakan pembelajaran saya berasaskan komputer dan saya juga dapat menyumbang dalam satu daripada kapal terbang yang dinamakan Hurkus di TAI ini. Alhamdulillah, saya dapat banyak maklumat dan akan mengembangkan informasi ini di Malaysia juga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 18 2022
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melihat pesawat-pesawat yang terdapat di Turkish Aerospace Industries (TAI), syarikat pemain utama industri pertahanan dan aeroangkasa Turkiye hari ini. - BERNAMA
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Aaron-Wooi Yik bersama Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia menjadi pasangan yang mengisi dua slot terakhir.
Nuklear Malaysia rancang wujudkan badan sampaikan maklumat terus kepada PM
Ia juga bertindak sebagai 'suara' untuk disampaikan ke peringkat Perdana Menteri supaya teknologi itu tidak ketinggalan dan dipandang serong.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.