Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat Malaysia lebih bersatu dan bekerjasama demi keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta dalam Tahun Baharu 2020.
Titah Seri Paduka lagi, tahun baharu harus disambut dengan membuang jauh segala prasangka dalam kalangan rakyat demi kepentingan perpaduan, keharmonian serta semangat cintakan negara.
"Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala kejayaan, perpaduan dan kemakmuran yang telah dicapai oleh kita dan Malaysia pada tahun ini dan juga tahun-tahun sebelumnya.
"Seharusnya, kita perlu menoleh semula dan mengambil iktibar serta pengajaran daripada peristiwa-peristiwa dan cabaran-cabaran yang telah kita lalui pada tahun lalu untuk kita semua memperbaiki diri, keluarga dan komuniti serta negara kita," titah Seri Paduka dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara.
Titah Seri Paduka lagi, perpaduan sepatutnya berlangsung dalam suasana yang mudah dan saling mempercayai, selain ikhlas, bertolak-ansur dan saling menghormati.
"Saya berpandangan bahawa ramuan ini sudah cukup untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum khususnya di negara kita yang tercinta ini.
"Justeru itu, saya turut ingin mengingatkan semua rakyat untuk terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang dikecapi negara selama 62 tahun memandangkan kebelakangan ini banyak isu berkaitan perkauman, sensitiviti dan agama sering dibangkitkan.
"Seperti pemimpin-pemimpin terdahulu, saya amat berhasrat untuk melihat negara tercinta, Malaysia terus bersatu padu, harmoni serta maju dan saya percaya hasrat ini dikongsi bersama oleh kita semua, rakyat Malaysia," titah Al-Sultan Abdullah.
Semua harus sedar, perpaduan kaum adalah amat penting untuk menjamin kemakmuran Malaysia yang terdiri dari pelbagai agama, bangsa, adat resam dan kepercayaan.
Titah Seri Paduka lagi, generasi muda Malaysia berperanan besar untuk memastikan kesinambungan usaha-usaha murni para pemimpin terdahulu, di mana statistik Jabatan Perangkaan pada Disember 2018 menunjukkan bahawa 68 peratus daripada rakyat Malaysia adalah di bawah umur 40 tahun dengan 51 peratus adalah di bawah umur 30 tahun.
Al-Sultan Abdullah juga menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama berazam dalam pertahankan dan semarakkan nilai-nilai murni yang telah menjadi pemangkin keharmonian, ketenteraman dan kemakmuran yang dinikmati sejak sekian lama.
"Semoga tahun 2020, bumi Malaysia keramat ini serta para pemimpin dan rakyatnya terus dirahmati dan diberkati Allah SWT," titah Yang di-Pertuan Agong.
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan selamat menyambut tahun 2020 kepada semua rakyat Malaysia.
Seri Paduka bertitah bahawa tahun 2019 sangat bermakna kepada baginda yang mana pada tahun itu baginda telah dipilih untuk memikul tanggungjawab besar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 16 yang juga merupakan Ketua Agama Islam negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia.
"Alhamdullilah, masa begitu pantas meninggalkan kita dan tahun 2019 telah berlalu dan tahun baharu 2020 perlu kita tempohi dengan azam baru.
"Saya dan Raja Permaisuri Agong amat bersyukur ke hadrat Ilahi atas kesempatan ini dan dengan besar hati ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia di dalam negara mahu pun berada di luar negara," titah Seri Paduka. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 31 2019

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah agar rakyat Malaysia lebih bersatu dan bekerjasama demi keharmonian, kesejahteraan dan kedaulatan negara tercinta dalam Tahun Baharu 2020. - Gambar BERNAMA

16 pegawai, anggota polis dibuang kerja pada Januari
Seramai 16 pegawai dan anggota polis dibuang kerja pada Januari lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Penyalahgunaan dadah di Kelantan serius, 18,507 kes tahun lepas - Pemadam
Kes penyalahgunaan dadah di Kelantan serius dengan sebanyak 18,507 kes dilaporkan pada tahun lepas, kata Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) negeri, Zamakshari Muhamad.
AWANI Ringkas: Lelaki OKU mental tetak ayah diarah rujuk hospital psikiatri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis sahkan penemuan rangka manusia rentung dalam kenderaan terbakar
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia rentung dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan tanah perkuburan Batu Tiga, Jalan Yong Peng-Ayer Hitam, di sini.

Lima kes kusta ditemukan di Selangor - Pengarah JKNS
Selangor merekodkan lima kes kusta setakat 20 Feb lepas, di lima daerah dengan tiada kematian dilaporkan.

Sebutir lagi bom lama ditemukan di Kinarut
Sebutir lagi bom lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua dan masih aktif ditemukan di lokasi sama di tapak pembinaan berdekatan sebuah kilang di Kinarut pagi tadi.

Tiada kes kusta direkodkan dalam kalangan Orang Asli di Melaka
Situasi penyakit kusta dalam kalangan masyarakat Orang Asli di Melaka terkawal dan tiada kes direkodkan setakat ini, kata Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem.
Consider This: Gig Workers Bill (Part 2) — Is Malaysia Getting It Right?
The government is set to table the Gig Workers Bill during this session of Parliament. The Bill aims to define gig work, regulate income structures, and introduce social protections—measures the government says will uphold the welfare and rights of workers in the gig economy. So will this Bill truly empower gig workers, or might it leave them in a grey area between independence and vulnerability? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Jose Rizal, Chief Activist of Gabungan eHailing Malaysia, Chair of Koperasi GIG Malaysia,
Consider This: Gig Workers Bill (Part 1) — Is Malaysia Getting It Right?
The government is set to table the Gig Workers Bill during this session of Parliament. The Bill aims to define gig work, regulate income structures, and introduce social protections—measures the government says will uphold the welfare and rights of workers in the gig economy. So will this Bill truly empower gig workers, or might it leave them in a grey area between independence and vulnerability? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Wan Agyl Wan Hassan, Founder and CEO of MY Mobility Vision.

Ibu Zulfarhan reda, sedia maafkan enam bekas penuntut UPNM
Hawa Osman, 62, berkata walaupun anaknya tidak hidup kembali, dia sedia memaafkan keenam-enam individu terlibat.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Hakim memutuskan demikian selepas pendakwaan memberitahu pihaknya tidak bercadang untuk meneruskan kes dihadapi Muhammad Sanusi.

Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat hingga 12.30 tengah hari sepanjang Ramadan
Baginda bertitah penetapan waktu bekerja itu susulan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 5 Feb lepas.

'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.

'Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here' - Sultan Pahang
Baginda turut menzahirkan perancangan untuk mengadakan kembara atau 'roadshow' di negeri itu pada bulan April nanti.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.

Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.

'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.

Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.