KUALA LUMPUR:Yang di-Pertuan Agong menyeru rakyat untuk menghayati semangat patriotisme dan cintakan Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 yang akan disambut pada Isnin (1 Februari).
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan semangat tersebut perlu dicerminkan menerusi sikap prihatin yang mendalam terhadap satu sama lain.
“Prihatinlah terhadap keluarga kita, sahabat kita, jiran kita, pekerja kita dan semua insan yang berada di sekeliling kita. Prihatin jugalah kepada tanah air kita.
“Jagalah keharmoniannya, pertahankanlah keamanan, peliharalah kesejahteraannya. Insya-Allah, Wilayah Persekutuan dan negara yang tercinta ini akan kekal merdeka, bebas dan berdaulat salama-lamanya,” kata beliau dalam kenyataan tersebut.
Sambutan Hari Wilayah tahun ini bertemakan ‘Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin’.
Mengulas lanjut, Seri Paduka Baginda turut menegaskan bahawa sikap prihatin tidak hanya sekadar slogan sahaja, sebaliknya ia merangkumi keseluruhan pembentukan dan pemikiran dasar kerajaan sehingga ke peringkat pelaksanaan dan penyampaiannya.
Kata beliau, Al-Sultan Abdullah menitahkan walaupun kerajaan berada dalam situasi yang sukar, kebajikan rakyat tidak akan diabaikan.
“Dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Wilayah Persekutuan Wilayah Prihatin', ia amat selari dengan aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi berkait dalam mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat melalui inisiatif-inisiatif yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup warga Wilayah Persekutuan," jelas Ahmad Fadil.
Dalam perkembangan sama, Seri Paduka menyifatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sebagai nadi yang menjana pertumbuhan negara.
Ia dapat dilihat menerusi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020 yang menunjukkan sumbangan Wilayah Persekutuan kepada ekonomi negara adalah sebanyak 13.5 peratus.
Bagaimanapun titah Al-Sultan Abdullah, angka pertumbuhan ekonomi hanya akan bermakna apabila rakyat mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi, kediaman yang selesa, pendidikan yang sempurna, kesihatan yang baik, alam sekitar yang lestari serta keselamatan yang sentiasa terpelihara untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan sejahtera.
“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menasihati rakyat menunaikan tanggungjawab sosial dan nilai-nilai murni terhadap komuniti setempat bagi memastikan keharmonian terpelihara dan kekal berpanjangan.
“Sesungguhnya wabak COVID-19 ini telah memberikan satu pengajaran yang amat bermakna kepada kita semua dan Seri Paduka Baginda menzahirkan kesyukuran kerana kita mampu menangani dan memerangi krisis ini kerana kita prihatin.
“Semangat keprihatinan ini amat terserlah melalui usaha-usaha para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus siang dan malam membendung wabak COVID-19.
“Ia juga terserlah melalui usaha-usaha murni Kerajaan dan para sukarelawan membantu golongan yang memerlukan serta juga melalui pematuhan SOP oleh rakyat jelata,” kata beliau lagi.
Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda mengambil kesempatan mengajak rakyat bersama Baginda mendoakan semoga negara khususnya Wilayah Persekutuan akan bertambah makmur dan terus meningkat maju serta sentiasa dalam perlindungan dari sebarang musibah dan malapetaka.
Selain itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar rakyat terus beristiqamah dalam kawalan kendiri dan berdisiplin mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan memandangkan situasi wabak masih berada di tahap kritikal.
“Seri Paduka Baginda menasihati rakyat supaya terus bertenang, tabah dan cekal menghadapi PKP serta pelaksanaan Proklamasi Darurat demi kepentingan dan keselamatan diri bersama serta negara.
“Sememangnya, dengan pelaksanaan PKP, Seri Paduka Baginda amat memahami cabaran yang dihadapi, khususnya aktiviti ekonomi harian rakyat yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19,” jelas Ahmad Fadil.
Astro Awani
Sun Jan 31 2021
Al-Sultan Abdullah bertitah, sikap prihatin tidak hanya sekadar slogan sahaja, sebaliknya ia merangkumi keseluruhan pembentukan dan pemikiran dasar kerajaan sehingga ke peringkat pelaksanaan dan penyampaiannya. - Bernama
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Google guna rekaan Doodle Merdeka lebih kurang sama sejak 2021
Pada tahun ini, apabila anda klik pada logo Google Malaysia, ia akan turut membawa kepada halaman carian yang dilengkapi dengan animasi letusan mercun.
Malaysia belum merdeka, rakyat 'dijajah' kerajaan - Dr Mahathir
Rakyat tidak bebas bersuara dan mengkritik kerajaan dalam banyak hal termasuk membabitkan 3R.
Pengiktirafan global terhadap Palestin yang merdeka penting demi kestabilan serantau
Penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara berdasarkan sempadan 1967 adalah penting.
LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Polis cari waris mayat lelaki ditemui di Sungai Merchong
Polis sedang mengesan waris mayat seorang lelaki yang ditemui tanpa identiti oleh nelayan di Sungai Merchong, Nenasi di Pekan, pada 19 Ogos lalu.
Agong, PM hadir sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya
Sambutan dimulakan dengan persembahan lagu tema Hari Kebangsaan 2023 daripada Kementerian Pendidikan melibatkan 1,500 murid.
Konsep Malaysia MADANI satukan rakyat, hargai makna Merdeka
Dalam Konsep Malaysia MADANI, perpaduan merupakan kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan.
Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dilancar hari ini
Seawal jam 6 pagi, ribuan peserta 6,600 Langkah Perpaduan mula memenuhi venue bagi menyertai program yang dirasmikan pada jam 7.30 pagi.
Kerajaan Perpaduan berjaya kembalikan wajah sebenar Malaysia - AMK
Kerajaan Perpaduan yang terbentuk adalah manifestasi cita-cita bapa-bapa kemerdekaan yang sebenarnya dan telah berjaya mengembalikan wajah sebenar Malaysia.