KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA, Tan Sri Lee San Choon yang meninggal dunia semalam.
Turut menzahirkan ucapan takziah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi hantaran di Faceboook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Lee dan berharap seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.
"Seri Paduka berdua menghargai jasa, khidmat dan bakti mendiang kepada masyarakat dan negara," demikian menurut catatan itu.
Mendiang Lee, 88, yang dilahirkan di Pekan, Pahang, pernah dilantik memegang beberapa portfolio menteri antaranya Menteri Buruh, Kerja Raya dan Kemudahan Awam dan Menteri Teknologi, Penyelidikan dan Penyelaras Kampung Baru.
Semasa hayatnya, mendiang pernah berkhidmat sebagai Presiden MCA bermula pada 1975 hingga bersara daripada arena politik pada tahun 1983 selain pernah memegang jawatan Ketua Pemuda MCA dan pernah dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Parti Perikatan.
Di awal pembabitan dalam dunia politik, mendiang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) bagi kerusi Parlimen Kluang Utara dan memenangi kawasan itu pada tahun 1959 dan ketika itu baru sahaja berumur 24 tahun. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023
![Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677895258_mantanPresidenMCA.jpg)
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA, Tan Sri Lee San Choon yang meninggal dunia semalam. - Gambar Facebook ISTANA NEGARA
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721102947_suspekbunuhNurFar.jpg)
Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek berkhidmat 5 tahun dalam PDRM
Anggota berusia 26 tahun terbabit bertugas di Balai Polis Slim River di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dengan pangkat lans koperal.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
Purata suhu meningkat 0.24 darjah celcius per dekad
Berdasarkan rekod dari tahun 1969 hingga 2019, purata suhu bulanan di Semenanjung Malaysia pada bulan Mei 2024 adalah 28.8 darjah celcius manakala purata suhu bulanan pada bulan Mei 1974 iaitu 50 tahun yang lalu adalah 26.6 darjah celcius.
ADUN dari kerajaan perpaduan sertai Pas
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81677895258_mantanPresidenMCA.jpg)
Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Presiden MCA
Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Lee dan berharap seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah.