KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Tentera Darat 10 Briged (PARA) Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa yang terkorban semasa menjalani latihan di Bera, Pahang.
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Mohamad Azrin dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan itu.
"Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara serta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," menurut kenyataan Istana Negara yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan Al-Sultan Abdullah telah berkenan meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat di Kampung Bohor Baru, Bera semalam.
Seri Paduka turut meluangkan masa menyantuni keluarga mangsa dan mengurniakan sumbangan peribadi bagi mengurangkan beban mereka.
Allahyarham Mohamad Azrin, yang merupakan anggota Tinjau dari Pasukan Kompeni PANDURA (Para), dipercayai lemas dan hilang ketika menjalani latihan Eksesais PARA Predator Siri 1/2021 pada 4.40 petang Ahad lepas.
Semasa kejadian, Allahyarham sedang melaksanakan Fasa Latihan Taktikal Menyeberangi Sungai di sekitar kawasan Kampung Batu Bor.
Mayat Allahyarham ditemukan penduduk di kawasan Kampung Serengkam, Maran iaitu kira-kira 70 kilometer dari lokasi kejadian pada 8.15 pagi tadi.
Eksesais PARA Predator merupakan antara eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia melalui 10 Briged (PARA) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka selama 14 hari membabitkan 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik Tentera Darat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 01 2021
Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Mohamad Azrin dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan itu.
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Agong terima kunjungan hormat Jusuf Kalla
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan hormat bekas Naib Presiden Indonesia Muhammad Jusuf Kalla hari ini.
Kes GISB: Agong titah PDRM jalankan siasatan menyeluruh
Yang di-Pertuan Agong menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB.
Agong lawat China, lembaran baharu hubungan diplomatik Malaysia-China
Lawatan Seri Paduka Baginda tersebut merupakan lembaran baharu dalam memperkukuh persahabatan erat antara Malaysia dan negara Tembok Besar itu.
Mufti Sarawak terima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024
Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Malaysia
Seri Paduka Baginda mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul
Pada majlis itu, Seri Paduka Baginda dijadual mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke istiadat mengarak panji-panji
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara.
Agong berkenan tunai solat Jumaat, dengar khutbah khas sempena hari ATM ke-91
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda pukul 1 tengah hari disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman.
Agong, Permaisuri berkenan berangkat ke majlis sambutan Maulidur Rasul di Putrajaya Isnin ini
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut akan hadir bagi menyemarakkan majlis.
Raptai penuh Perarakan Panji Yang di-Pertuan Agong lancar
Raptai penuh Perarakan Panji-Panji sempena sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berjalan lancar.