PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H yang bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Datuk Hakimah Mohd Yusoff dalam kenyataan hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut akan hadir bagi menyemarakkan majlis itu yang bertemakan "Al-Falah Pemacu Malaysia MADANI".
Hakimah berkata kemuncak sambutan tahun baharu kalendar Islam yang dijangka dihadiri 6,000 tetamu itu ialah Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim diikuti dengan penyampaian Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
"Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa dipilih berdasarkan kepada sumbangan besar dalam pembangunan ummah serta perkembangan syiar Islam selain mendapat pengiktirafan daripada masyarakat dalam dan luar negara," katanya.
Mengenai pemilihan tema sambutan, beliau berkata ia manifestasi daripada intipati ajaran Rasulullah SAW dan sangat signifikan bagi memacu umat Islam di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat.
"Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berkonsepkan al-Falah (kejayaan) ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI," katanya.
Hakimah berkata majlis itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 RTM dan disambung siar oleh beberapa stesen televisyen serta radio tempatan antaranya TV al-Hijrah, radio Nasional FM, Bernama Radio dan Web TV JAKIM.
Berkongsi mengenai aktiviti sempena sambutan Maal Hijrah tahun ini, beliau berkata majlis bacaan doa akhir dan awal tahun akan diadakan di Masjid Putra, di sini, esok pada 7 malam yang akan dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata bacaan doa akhir dan awal tahun itu akan dipimpin oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.
"Harapan saya, semoga sambutan Maal Hijrah tahun ini dapat memberi manfaat yang bermakna buat kita semua ke arah melahirkan ummah yang berjaya di dunia dan akhirat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan untuk berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2024/1446H di PICC di sini pada Ahad.
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.
Sultan Ibrahim dimasyhur sebagai Canselor UiTM ketujuh
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketujuh hari ini.
Agong titah penjawat awam laksana tanggungjawab penuh integriti - KSN
Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua penjawat awam untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh integriti.
Agong terima menghadap Peguam Negara baharu
Menerusi hantaran di Facebook baginda, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Negara pada Selasa.
Permaisuri Agong gayakan Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menggayakan baju kurung Kain Benang Johor semasa Lawatan Negara ke Brunei baru-baru ini.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Deepavali
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Deepavali kepada penganut Hindu di negara ini.
Ketua Polis Indonesia, Filipina dahului penerima DKPP daripada Agong
Dua pegawai tertinggi polis Indonesia dan Filipina itu mendahului 100 penerima pingat termasuk empat pegawai kanan PDRM.
Agong berkenan kurnia 100 pingat pada istiadat DKAT 2024
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengurniakan darjah Panglima Gagah Angkatan Tentera (PGAT) kepada Panglima Tentera Laut ke-19 Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.