KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima kunjungan hormat menghadap Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani di Istana Negara, di sini hari ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata majlis menghadap itu adalah julung kali buat Sheikh Mohammed yang kini dalam rangka lawatan rasmi ke Asia termasuk Malaysia.
Beliau berkata dalam sesi menghadap yang berlangsung kira-kira 30 minit bermula 11.30 pagi, Seri Paduka dan Sheikh Mohammed telah menyentuh berkenaan hubungan dua hala yang erat terjalin antara Malaysia dan Qatar sejak 1974.
"Kedua-dua pemimpin turut menyentuh berkenaan usaha pengukuhan perdagangan dan ekonomi antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi termasuk cadangan peningkatan jalinan hubungan ke tahap perkongsian strategik di masa hadapan," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan serta mengalu-alukan syarikat-syarikat Qatar untuk terus mengembangkan perniagaan dan pelaburan di Malaysia termasuk dalam bidang pembangunan hartanah.
"Seri Paduka turut menzahirkan bahawa Malaysia bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Qatar dalam kerjasama pasca pandemik COVID-19. Ia termasuk kerjasama dalam pembangunan vaksin, ubat antivirus dan perkongsian pengalaman, penyelidikan serta kepakaran," katanya.
Ahmad Fadil berkata pada 2021, Qatar merupakan rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dan destinasi eksport serta sumber import dalam kalangan negara Asia Barat.
Beliau berkata walaupun menghadapi cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, jumlah perdagangan Malaysia dengan Qatar pada tahun yang sama meningkat sebanyak 24.4 peratus kepada US$634.2 juta.
"Jumlah eksport ke Qatar meningkat sebanyak 31.9 peratus kepada US$359.0 juta, manakala jumlah import dari Qatar meningkat sebanyak 15.8 peratus kepada US$275.1 juta," katanya.
Majlis menghadap itu turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Qatar ke Malaysia Fahad bin Mohammed Kafoud.
Semasa kunjungan hormat itu, Ahmad Fadil berkata Sheikh Mohammed turut menyampaikan persilaan Kerajaan Qatar kepada Al-Sultan Abdullah untuk berangkat menyaksikan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 selaku tuan rumah bagi temasya sukan itu yang dijadual berlangsung mulai 20 Nov hingga 18 Dis 2022 di Doha.
"Seri Paduka merupakan Anggota Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari 2015 hingga 2019," katanya menambah Qatar merupakan negara Islam dan negara Timur Tengah pertama dipilih menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA.
Lawatan rasmi Sheikh Mohammed susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Qatar pada Mac lepas, serta sebagai persiapan awal untuk Lawatan Negara oleh Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani ke Malaysia pada 2023.
Sheikh Mohammed turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Ismail Sabri dan beliau juga akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022

Yang di-Pertuan Agong bergambar bersama Timbalan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani selepas majlis menerima menghadap di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.

PM Anwar ucap tahniah kepada penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat hari wilayah
Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Agong perkenan dua akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan dua akta yang diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.

Agong kurnia bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sebuah bot pemintas berteknologi tinggi kepada Maritim Malaysia Pahang.

Agong zahir ucapan selamat Hari Tentera Darat ke-92
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Darat ke-92 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia (TDM).

Agong selamat tiba di tanah air selepas lawatan khas ke Brunei
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pagi tadi.

Agong berangkat tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas hari ini.

Agong berkenan berangkat ke mesyuarat pengurusan kanan Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengadakan mesyuarat bersama pengurusan kanan Istana Negara di Istana Negara, hari ini.

Warga emas didenda RM30,000 muat naik hantaran bersifat palsu mengenai Agong, Majlis Raja-Raja
Seorang warga emas didenda selepas mengaku bersalah memuat naik hantaran bersifat kandungan palsu mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja menggunakan aplikasi Facebook.

Agong perkenan enam akta diluluskan sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong memperkenankan enam akta diluluskan Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Ketiga Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 14 Okt hingga 12 Dis lepas.