KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur di sini, pada Sabtu ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal yang menjunjung kasih atas kesudian Seri Paduka berkenan menyempurnakan sambutan itu, berkata ia mencerminkan stadium yang dibina sejak 1970-an itu dekat dan sinonim dengan kerabat diraja Pahang.
"Perasmian stadium ini telah disempurnakan Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah (Sultan Pahang moden keempat) pada 30 Sept 1973 dan kini, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah juga berkenan bersenam di sini," katanya pada sidang media di stadium itu di sini hari ini.
Sehubungan itu, Fadzli menjemput orang ramai turut sama memeriahkan sambutan yang akan berlangsung selama empat hari bermula Rabu dengan pelbagai program diatur termasuk ceramah agama, karnival makanan, jualan bundle, acara larian dan pertunjukan sukan permotoran.
Turut diadakan ialah konsert yang menampilkan artis seperti Ameng Spring, Datuk Jamal Abdillah dan Ara Johari, persembahan 400 murid sekolah sekitar daerah ini, pertunjukan bunga api serta pelancaran logo baru Perbadanan Stadium Darul Makmur.
Pada perkembangan berkaitan, Fadzli berkata pengurusan stadium menerima sambutan baik selepas trek balapan stadium dibuka kepada orang awam selama tiga jam bermula 4 petang setiap Isnin hingga Jumaat sejak Jun lepas, setelah kerja baik puih dan naik taraf fasa satu antaranya kerja landskap dan mengecat bangunan luar serta baik pulih tandas siap.
"Stadium ini mempunyai potensi cukup besar kerana ini mercu tanda negeri dan kedudukannya di tengah bandar...jadi pendapatannya boleh ditambah. Jika tahun lepas pendapatannya sekitar RM1.2 juta dan RM2 juta untuk tahun ini...maka tahun hadapan, kita sasarkan lebih RM3 juta," katanya.
Fadzli berkata sasaran itu boleh dicapai menerusi sewaan untuk program seperti karnival, sewaan dewan serta ruang niaga seperti yang dilakukan oleh pengurusan stadium di negara luar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Fadzli Mohamad Kamal yang menjunjung kasih atas kesudian Seri Paduka berkenan menyempurnakan sambutan itu, berkata ia mencerminkan stadium yang dibina sejak 1970-an itu dekat dan sinonim dengan kerabat diraja Pahang. - Gambar Bernama
Situasi di Hospital Kamal Adwan di Gaza amat berbahaya, kata pengarah
Dr Hussam berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.
Sistem Japan Airlines alami serangan siber, ribuan pelanggan berdepan kelewatan
Syarikat Penerbangan Jepun, Japan Airlines (JAL) mengesahkan bahawa sistem elektroniknya mengalami serangan siber hari ini. Memetik laporan Reuters, serangan yang bermula sekitar 7.24 pagi Isnin waktu tempatan itu telah menyebabkan kelewatan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa.
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Zionis meningkat kepada 45,361 orang dan jumlah kecederaan setakat ini meningkat kepada 107,803.
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Agong berkenan sempurnakan Sambutan Jubli Emas 50 tahun Stadium Darul Makmur
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Stadium Darul Makmur di sini, pada Sabtu ini.