Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2014 kepada 38 penerima sempena sambutan ulang tahun
keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda hari ini.
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan hari pertama yang berlangsung di Istana Negara di sini.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor selain Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan hari pertama hari ini Pengerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran 'Tan Sri'.
Turut menerima darjah PSM dua bekas Presiden MCA iaitu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Datuk Seri Ong Tee Keat, bekas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Bloomberg TV Malaysia Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi.
Darjah Kebesaran itu turut dikurniakan kepada 17 penerima lain antaranya bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung, bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, bekas Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Sime Darby Berhad Datuk Abdul Ghani Othman, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin serta Presiden Parti Progresif
Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hasan Lah turut menerima darjah kebesaran itu selain Datuk Seri Zaleha Zahari, Peguam Cara Negara Jabatan Peguam Negara Datuk Seri Idrus Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Madinah Mohamad dan Panglima Tentera Darat Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Turut menerima darjah PSM, Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Paduka Ismee Ismail, Ahli Lembaga Penasihat Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Setiausaha Agung dan Ketua-ketua Eksekutif Agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid serta Pengerusi Pavilion Real-Estate Investment Trust (PREIT) Malaysia Datuk Lim Siew Choon.
Selain itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif Sunway Group Datuk Seri Razman Md Hashim Che Din Md Hashim, Pengerusi Eksekutif Express Rail Link Sdn Bhd Datuk Seri Dr Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Datuk Mohamad Salim Fateh Din dan Presiden Management & Science University (MSU) Prof Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.
Sementara itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada 16 penerima.
Penerima hari ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamed Said, Ketua Umno Bahagian Batu Pahat Dr Mohd Puad Zarkashi, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia Prof Ir Dr Wahid Omar, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Azimah Omar serta Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad;
Darjah kebesaran itu turut dikurniakan kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Kemaman Senator Rahmani@Rohani Abdullah, Anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Senator Lihan Jok, Ketua Eksekutif Midas, Kementerian Pertahanan Left Jen Datuk Dr William Rangit Stevenson, bekas Ketua Pengarah Pos Malaysia M. Rajasingam dan Ketua Eksekutif Amanie Advisors Sdn Bhd Dr Mohd Daud Bakar;
Turut menerima darjah PJN ialah Ketua Pegawai Eksekutif The Lotus Groups of Companies R. Doraisingam, Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Berlian Sdn Bhd Rosman Hasan serta Pengerusi Capital Market Compensation Fund Corporation Datuk Dr Nik Norzul Thani Nik Hassan Thani.
Selain itu, Ketua Eksekutif Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd Ir Zainudin A Kadir, Naib Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) Datuk Teo Eng Tee@Teo Kok Chee dan Pengerusi Tetap Persidangan United Pasok Momogun Kadazan Dusun (UPKO) Michael S Malanjun (Sitom).
Bernama
Sat Jun 07 2014
Agong berkenan kurnia darjah kebesaran kepada 38 penerima. -Foto BERNAMA
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja hari ini memilih Agong ke-17
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan berlangsung hari ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Agong zahir ucapan Selamat Hari Polis ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM
Seri Paduka turut menyanjungi dan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pesara PDRM atas pengorbanan yang dicurahkan.
Pasca PRU15: Seruan Agong, MRR usaha untuk masyarakat lebih bersatu - Lee Lam Thye
Rakyat perlu memberi respons yang sama dengan cara menzahirkan sokongan terhadap kerajaan perpaduan.
Pasca PRU15: Pejabat Anwar terus jadi tumpuan media
Teka-teki siapa bakal menjadi Perdana Menteri ke-10 terus menjadi tanda tanya.
Pasca PRU15: GPS serah kepada Agong lantik PM baharu
GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.
Pandangan Tommy Thomas langgar Perlembagaan Persekutuan
Negara mengalami Parlimen tergantung di atas keputusan sah dan mandat rakyat yang diberi di PRU15 pada 19 November lalu.
Tindakan 12 menteri PN hantar surat kepada Agong disifatkan tidak wajar
Tindakan 12 menteri itu secara tidak langsung melambangkan ketidakpercayaan mereka terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Penyokong Najib serah memorandum mohon pengampunan Agong
Kira-kira 300 penyokong bekas Perdana Menteri itu diketuai oleh Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia berkumpul di hadapan Istana Negara untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berkenan rasmi Nicol David Organisation
Seri Paduka berdua turut berkenan beramah mesra dengan kanak-kanak yang menyertai program utama NDO, 'Little Legends'.