Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan berangkat memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden Gerakan, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Seri Paduka meluangkan masa kira-kira 10 minit di kediaman mendiang di sini dengan diiringi anak mendiang yang juga Ketua Pemuda Gerakan Datuk Lim Si Pin.

Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Turut berbuat demikian isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman.