Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, di sini.
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Ketika ditemui pemberita mengenai upacara yang penuh adat resam budaya Melayu itu, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Katanya, beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
"Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2019
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar. -foto Instagram / @istana_negara
Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.
Gerakan reformasi lalui pelbagai dugaan dalam tempoh 26 tahun - Fahmi
"Tiada sahabat atau musuh yang kekal, hanya kepentingan bersama, iaitu keadilan untuk rakyat," kata Fahmi Fadzil.
Hezbollah sahkan komander Ibrahim Aqil meninggal dunia
Israel dakwa Ibrahim dan pemimpin kanan lain pergerakan Lubnan itu maut dalam serangan udara di Beirut pada Jumaat.
Perang sebabkan lebih banyak pencemaran karbon, krisis kemanusiaan kepada bencana alam
Sejumlah besar pelepasan karbon berlaku akibat operasi ketenteraan yang dijalankan oleh banyak negara di seluruh dunia.
Israel dakwa bunuh komander tertinggi Hezbollah, Ibrahim Aqil
Ibrahim didakwa maut bersama-sama anggota kanan unit elit Hezbollah yang lain dalam serangan udara pada Jumaat.
Eksport lada Malaysia bernilai RM86.4 juta sehingga Julai tahun ini - Chan
Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Jabatan Muzium Malaysia terima Koleksi Set Tagung Kadazan berusia lebih 100 tahun
Jabatan Muzium Malaysia pada Jumaat menerima sumbangan Koleksi Set Tagung Kadazan daripada Pertubuhan Kadazan Sabah yang terdiri lapan koleksi seperti set tagung, gendang dan satu set kulintangan.
Para SUKMA 2024: Jadikan kejayaan Bonnie sebagai pembakar semangat
Kejayaan Bonnie memenangi pingat emas baru-baru ini membuktikan orang kurang upaya (OKU) juga mampu menempa nama di persada antarabangsa.
Trafik penumpang antarabangsa Lapangan Terbang Subang pada Ogos naik 25 peratus
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Lapangan Terbang Subang (SZB) mencatat peningkatan trafik penumpang antarabangsa sebanyak 25 peratus pada Ogos 2024.
Malaysia seperti negara ASEAN lain terus kukuhkan pendirian neutral, tarik pelaburan, perdagangan ke rantau itu
Malaysia seperti negara-negara ASEAN lain akan terus mengukuhkan pendirian neutral supaya lebih banyak pelaburan dan perdagangan akan mengalir ke blok itu.
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.