KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas selama tujuh hari.

Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.15 petang waktu tempatan (7.15 malam waktu Malaysia), semalam.



Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Pengerusi Abu Dhabi Crown Prince's Court Sheikh Hamed Zayed Al-Nahyan dan Duta Besar Malaysia ke UAE Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin.

-- BERNAMA