Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan cadangan pengagihan zakat yang dikemukakan beliau sebelum ini.
Menyifatkan itu hanyalah pandangan peribadi, Presiden PKR itu berkata, cadangannya semata-mata ingin menampakkan imej Islam yang lebih baik.
“Saya dalam ucapan itu menyatakan Islam ini adalah mengenai keadilan, kasih sayang dan rahmat. Itu pandangan saya supaya benda ini dikaji, diteliti oleh mufti dan majlis agama dan diputuskan.
"Itu saja pandangan saya. Kalau diputuskan tak setuju, tak apa tapi saya menganjurkan wacana yang segar mengenai tajuk ini kerana ada pandangan-pandangan berbeza.
“Kalau keputusan seperti mana dibuat oleh Selangor, kita patuh kerana keputusan dalam bidang kuasa majlis agama dan Sultan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata demikian susulan kenyataan Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan kutipan zakat hanya boleh diagihkan kepada lapan golongan asnaf, termasuk fakir, miskin dan mualaf dalam kalangan umat Islam sahaja.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Mohamad Munir Bani berkata, penegasan itu dibuat setelah menerima nasihat daripada Mufti Selangor bahawa agihan zakat kepada bukan Islam hanya dibolehkan sekiranya ia menjadi penyebab individu terbabit memeluk Islam di bawah asnaf mu’allafati qulubuhum.
BACA: Agihan zakat Selangor hanya untuk umat Islam - Sultan Selangor
Pada 30 Oktober lepas, Anwar mencadangkan institusi zakat melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada orang bukan Islam.
Anwar berkata demikian pada persidangan zakat anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 06 2019
![Agihan Zakat: Saya patuh Majlis Agama Islam, Sultan - Anwar Ibrahim Agihan Zakat: Saya patuh Majlis Agama Islam, Sultan - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567488822_TBANWARIBRAHIM.jpg)
Kenyataan Anwar bahawa institusi zakat boleh melakukan pembaharuan dengan memperluaskan bantuan kepada orang bukan Islam merupakan cadangan peribadinya. - Gambar fail
![Rangka dinosaur Stegosaurus dilelong pada harga RM207.9 juta Rangka dinosaur Stegosaurus dilelong pada harga RM207.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721265472_tbStegosaurusdinosa.jpg)
Rangka dinosaur Stegosaurus dilelong pada harga RM207.9 juta
Dinosaur ini dipercayai hidup di bumi kira-kira 150 juta tahun dahulu pada Zaman Jurasik Akhir.
![EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721264738_tbJoshuaZirkzee.jpg)
EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee
Zirkzee menyertai United minggu lalu selepas menandatangani kontrak bernilai 35 juta pound (RM212 juta) dari kelab Serie A, Bologna.
AWANI Ringkas: Isu pembelajaran digital untuk AI antara yang dibangkitkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721262117_tbkespembunuhanNur.jpg)
Penemuan telefon kunci utama cari motif kematian Nur Farah Kartini - Pakar
Ia juga bergantung kepada maklumat yang dijumpai dalam alat telekomunikasi berkenaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [18 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
1. Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemui dalam parit
2. Tiada keperluan tukar nama, George Town dikenali semua
3. ‘The Experts’ gegarkan 18 pawagam di Kemboja
![Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721261833_tbquotasystem.jpg)
Bangladesh tutup semua universiti susulan protes antikuota
Sekurang-kurangnya enam maut dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh.
![Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721260802_tbmemboncengpocong.jpg)
Polis buru penunggang motosikal bonceng pocong
Ini bagi menghilangkan rasa resah masyarakat selain bagi memastikan kejadian sebenar di sebalik rakaman CCTV itu.
![Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Isu pembelajaran digital AI antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Berdasarkan aturan mesyuarat, isu itu akan dibangkitkan dalam sesi soal jawab lisan, bagi hari terakhir sidang.
Kapal tentera laut AS, USS Blue Ridge (LCC19) berlabuh di Klang
Ketibaan kapal tentera laut Amerika Syarikat, USS Blue Ridge (LCC19) di Pelabuhan Klang pada Rabu menandakan komitmen Amerika Syarikat dalam memperkukuh hubungan dengan Malaysia.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Perkara itu disuarakan Pegawai Pemerintah Armada Ketujuhnya, Kapten Nicholas C. DeLeo, yang berkata aspek yang akan diperkasakan adalah ketenteraan dan keselamatan maritim yang terjalin dengan Malaysia sejak tahun 1957.
Malaysia-Iran: Halu tuju kerjasama tidak akan dipengaruhi pihak asing
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata hala tuju kerjasama Malaysia-Iran tidak akan dipengaruhi campur tangan atau pengaruh pihak asing sebaliknya berpandu sepenuhnya kepada manfaat dan kemakmuran rakyat kedua-dua negara.
![Agihan Zakat: Saya patuh Majlis Agama Islam, Sultan - Anwar Ibrahim Agihan Zakat: Saya patuh Majlis Agama Islam, Sultan - Anwar Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567488822_TBANWARIBRAHIM.jpg)
Agihan Zakat: "Saya patuh Majlis Agama Islam, Sultan" - Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan cadangan pengagihan zakat
![Agihan zakat Selangor hanya untuk umat Islam - Sultan Selangor Agihan zakat Selangor hanya untuk umat Islam - Sultan Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542624647_SultanSharafuddin.jpg)
Agihan zakat Selangor hanya untuk umat Islam - Sultan Selangor
Agihan zakat kepada golongan bukan Islam hanya dibolehkan sekiranya ia menjadi penyebab individu berkenaan memeluk agama Islam di bawah asnaf Mu'allati Qulubuhum.
![Sultan Selangor titah syarikat korporat tunai zakat kepada LZS Sultan Selangor titah syarikat korporat tunai zakat kepada LZS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/41571885363_TBSSELANGORjpg.jpg)
Sultan Selangor titah syarikat korporat tunai zakat kepada LZS
Baginda bertitah, rukun Islam keempat itu bertujuan membantu individu yang miskin di negeri ini dengan pendapatan RM2,000 ke bawah.
![Harus bukan Islam agih bantuan zakat - Mufti Pulau Pinang Harus bukan Islam agih bantuan zakat - Mufti Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523848719_penan.jpg)
Harus bukan Islam agih bantuan zakat - Mufti Pulau Pinang
Beliau berkata dari sudut feqah, adalah harus untuk orang bukan Islam diwakilkan sama ada untuk menerima atau mengagihkan zakat kepada golongan asnaf.