Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan bantuan khas zakat COVID-19 berjumlah RM14 juta yang mula diagihkan sejak 27 Mac lepas kepada 29,000 penerima layak dijangka selesai Jumaat ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Saipolyazan M. Yusop, berkata agihan bantuan khas zakat secara berfasa itu dikreditkan terus kepada akaun bank penerima berkenaan.
"Daripada jumlah itu, 9,000 penerima adalah asnaf fakir, miskin dan mualaf yang menerima bantuan khas RM500 setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruhan agihan zakat sebanyak RM4.5 juta.
"Manakala 20,000 penerima lagi merupakan golongan berpendapatan rendah (B40) khususnya penjaja atau peniaga kecil serta keluarga B40 yang terjejas sumber pendapatan. Kumpulan ini menerima bantuan khas maksimum RM500, melibatkan peruntukan zakat asnaf fisabilillah sebanyak RM9.5 juta," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Pada masa sama katanya, LZS turut mengagihkan bantuan khas zakat COVID-19 berjumlah RM1 juta kepada hospital kerajaan dan pusat kesihatan daerah (PKD), petugas barisan hadapan yang menangani wabak COVID-19 selain pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.
Saipolyazan berkata bantuan itu melibatkan pembelian peralatan pelindungan diri (PPE) kepada hospital dan PKD serta makanan kepada para petugasnya manakala bagi pelajar IPT, bekalan makanan disalurkan melalui bahagian hal ehwal pelajar atau pengurusan institusi masing-masing.
Dalam pada itu katanya, selain agihan khas itu, LZS turut menyalurkan bantuan bulanan kepada asnaf fakir, miskin, mualaf dan gharimin berdaftar untuk pembayaran rumah sewa, rawatan dialisis, perubatan serta menampung kewangan mereka melibatkan peruntukan RM30.5 juta.
Tambah Saipolyazan, seramai 14,909 asnaf fakir dan miskin sedia ada turut dipastikan kelangsungan makanan bulanan sepanjangan penularan wabak COVID-19 bagi mengelakkan mereka terputus bekalan.
Justeru, beliau menyeru umat Islam untuk terus melunaskan pembayaran zakat kepada LZS bagi membantu golongan yang terjejas terutamanya asnaf fakir dan miskin yang amat bergantung kepada bantuan disalurkan institusi tersebut khususnya ketika penularan wabak COVID-19.
Pembayaran zakat kepada LZS boleh dilakukan menerusi laman web https://fpx.zakatselangor.com.my atau secara perbankan internet.- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 01 2020
Bantuan khas COVID-19 kepada penerima dijangka selesai Jumaat ini.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Musk sertai perbualan telefon Trump dengan Zelenskyy - Laporan
Trump dan Musk berada di Mar-a-Lago, kediaman dan kelab Trump di Palm Beach, ketika panggilan itu dibuat.
Aset udara Malaysia, Singapura tiba untuk bantu operasi penghantaran bantuan mangsa Taufan Trami
Sebuah pesawat kargo C-130 milik Tentera Udara Republik Singapura dan helikopter pengangkut Eurocopter EC725 daripada Tentera Udara Diraja Malaysia tiba di Pangkalan Udara Villamor
Ribut Tropika Kristine: 4 negara ASEAN hantar bantuan ke Filipina
Empat negara Asia Tenggara menghantar bantuan ke Filipina untuk menyokong usaha pemulihan berikutan kemusnahan yang disebabkan oleh Ribut Tropika Kristine (Trami).
200 keluarga nelayan di Pasir Gudang terima bantuan bakul makanan YSIJ
Sebanyak 200 keluarga komuniti nelayan di Pasir Gudang, Johor menerima bantuan bakul makanan sumbangan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).
Fahmi pastikan rakyat Lembah Pantai terima bantuan, khususnya aspek pendidikan
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau akan memastikan semua rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai termasuk komuniti India mendapatkan bantuan sewajarnya terutama dalam aspek pendidikan.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Banjir: Jentera NADMA, agensi berkaitan sudah digerak ke kawasan terjejas - TPM
Koordinasi antara NADMA dan agensi itu dilakukan segera mengambil kira jangkaan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang berlaku lebih awal daripada tempoh sepatutnya.
Jangan pilih kasih dalam beri bantuan kepada mangsa banjir - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan mangsa banjir agar banyak bersabar dan tidak mudah menyalahkan mana-mana pihak jika terdapat isu yang berbangkit.
Proses pengumpulan data berkesan, menyeluruh bantu operasi pasca bencana – MERCY Malaysia
Proses pengumpulan data secara lebih berkesan dan menyeluruh adalah penting dalam operasi pasca bencana untuk mengetahui keperluan unik bagi kawasan terjejas.
UK sumbang bantuan GBP5 juta untuk UNICEF Lubnan di tengah serangan dan tembakan roket
Bantuan itu akan disalurkan kepada bekalan perubatan, kit kebersihan, bahan api untuk stesen air dan pasukan kecemasan.
Myanmar agih beras ke kawasan terjejas banjir
Terdapat dua pelan pengedaran - pelan tujuh hari memberi manfaat kepada lebih 200,000 orang, pelan 14 hari membantu lebih 100,000 orang.