Kemahiran pengurusan menghadapi bencana perlu dimiliki setiap agensi korporat bagi mengisi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ketika bencana melanda, kata Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Tan Sri Mohd Khamil Jamil.
Beliau berkata bencana alam merupakan suatu keadaan yang tidak dirancang namun manusia perlu merancang bagaimana menghadapi situasi itu agar tidak panik apabila berhadapan situasi sebenar.
Justeru, Mohd Khamil berkata setiap agensi perlu bersiap siaga membantu masyarakat ketika bencana alam berlaku bagi mengurangkan beban mangsa serta membantu pasukan penyelamat negara.
"Apabila bencana alam berlaku, ia bukan sahaja menjejaskan kehidupan masyarakat terlibat malah ekonomi turut terjejas. Maka kita perlu tampil menghulur bantuan kepada mereka menerusi program CSR kita.
"Peranan kita bukan hanya bantu dari aspek melengkapi barangan keperluan mangsa malah bantu mangsa ketika di pusat pemindahan, berpindah dan mencuci kediaman," katanya.
Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Inovasi Dalam Bantuan Kemanusiaan: Peranan yang Dilaksanakan Oleh Sektor Korporat' pada Persidangan Antarabangsa Kemanusiaan dan Sains Sosial kali kelapan anjuranUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Prince of Songkla University di sini, hari ini.
Sebanyak 102 kertas kerja berkaitan bidang kemanusiaan dan sains sosial dibentangkan kira-kira 150 peserta pada persidangan bertemakan 'Peluang dan Cabaran Inovasi Dalam Kemanusiaan dan Sains Sosial'.
Mohd Khamil berkata DRB-Hicom Group Bhd menubuhkan 'Pasukan Kecemasan dan Penyelamat DRB-Hicom' (DHEAT) dengan kekuatan 32 anggota yang dipertanggungjawab membantu mangsa ketika berlaku sebarang bencana alam di negara ini.
Katanya pasukan itu ditubuhkan kira-kira dua tahun lepas selepas berlaku banjir besar di negeri Pantai Timur melibatkan ribuan mangsa.
Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan UPNM Profesor Dr Haslinda Abdullah berkata aspek komunikasi menjadi faktor utama bagi melicinkan proses bantuan dan menyelamat dan kawasan terjejas.
Beliau berkata pelbagai masalah timbul ketika bencana alam melanda sehingga menyebabkan pasukan penyelamat gagal untuk tiba di lokasi kejadian dalam masa yang singkat.
"Hasil kajian saya mendapati, masalah komunikasi menyukarkan proses bantuan dan menyelamat. Maka koordinasi itu perlu bagi mempercepatkan proses. Kajian saya menumpukan kepada aspek saluran komunikasi, komunikasi antara agensi dan komunikasi antara unit," katanya.
Haslinda berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja bertajuk 'Komunikasi bagi Respons Bencana'.
"Kita perlu mengambil pengajaran daripada bencana alam yang melanda negara sebelum ini. Sebagai contoh, banjir besar melanda negeri di pantai timur pada penghujung 2014. Maka kerajaan dapat melihat kelemahan dan mempertingkatkan kekurangan," katanya.
Bernama
Sat May 28 2016
Kemahiran pengurusan bencana seperti banjir perlu melibatkan setiap agensi korporat dan penglibatan masyarakatb secara umum. - Gambar hiasan
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Tujuh maut, lebih 820,000 keluarga terjejas akibat tiga taufan di Filipina
NDRRMC menyatakan bahawa tujuh kematian berkenaan kesemuanya dari Lembah Cagayan, dan masih dalam proses pengesahan.
Taufan Nika diramal mendarat di Filipina pada Isnin
Menurut PAGASA, pusat ribut itu dianggarkan berada 425 kilometer di timur Infanta berdasarkan semua data yang ada.
Tiada korban akibat Taufan Rafael - Presiden Cuba
Keutamaan kini tertumpu kepada usaha pemulihan di wilayah barat Cuba iaitu Artemisa, Havana, dan Mayabeque, yang merupakan kawasan paling terjejas.
Taufan Marce jejaskan lebih 7,200 keluarga di Filipina
Keluarga yang terlibat berasal dari 239 kawasan di Wilayah Ilocos, Cagayan Valley, dan Cordillera.
Angka kematian akibat banjir terburuk di Sepanyol meningkat kepada 207 orang
Angka korban dijangka meningkat dalam beberapa jam akan datang ketika pasukan penyelamat terus melakukan pencarian di kawasan yang paling terjejas.
Malaysia hargai negara APT atas sokongan perkukuh rantaian bekalan makanan serantau
Malaysia menyampaikan ucapan penghargaan kepada negara ASEAN Campur Tiga (APT) atas komitmen dan sokongan diberikan dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan serantau.
95 maut dalam banjir dahsyat di Sepanyol
Angka kematian akibat banjir dahsyat di timur Sepanyol meningkat kepada 95 orang, menurut penyiar awam negara itu RTVE, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Anadolu lewat Rabu.
Belanjawan 2025: RM750 juta kepada PBT, JPS, NADMA untuk persiapan banjir
Anwar berkata pengurusan bencana negara terus ditambah baik di samping menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir melibatkan kerjasama semua kontraktor.
Timur Turkiye digegarkan gempa bumi berukuran 5.9 magnitud
Gempa itu dilaporkan turut dirasai di wilayah sekitar termasuk Elazig dan Diyarbakir.
Lebih 100,000 terpaksa dipindahkan di Sri Lanka
Seramai 118,032 orang terjejas akibat banjir kilat, petir, pokok tumbang, tanah runtuh dan angin kencang.