SEREMBAN: JJabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan oleh anak kepada bekas menteri berhubung pertuduhan penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi dihadapinya tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Nor Alimah Mohd Sanusi memaklumkan keputusan itu kepada Hakim Mazni Nawi di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Nor Alimah berkata, beliau hanya menerima representasi daripada anak bekas menteri Muhammad Faisal Hamzah, 39, dan masih belum menerima representasi daripada Azizul Abdul Halim, 55 yang berdepan pertuduhan sama
"Hari ini ditetapkan untuk keputusan representasi dan untuk makluman mahkamah, pada tarikh lepas pihak peguam bela bagi Azizul ada menyatakan untuk menghantar representasi, namun sehingga hari ini, tiada representasi dihantar.
"Oleh demikian pihak pendakwaan memohon mahkamah untuk menetapkan tarikh bicara bagi kes ini," katanya.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh perbicaraan selama 10 hari iaitu pada 5 Jun, 3 Julai,10 Julai,17 Julai, 24 Julai dan 31 Julai serta 7 Ogos,14 Ogos, 21 Ogos dan 28 Ogos dengan kemungkinan memanggil 15 orang saksi.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Faisal dan Azizul mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu.
Mengikut pertuduhan mereka sebagai pengarah syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan pemegang lesen borong barang kawalan berjadual memberikan maklumat palsu kepada KPDN semasa mengemukakan maklumat dalam borang arahan yang berada dalam simpanan berkaitan barang kawalan di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 berhubung Dokumen/Invoice Penjualan Minyak Masak kepada Pasar Segar Din Maju.
Kesalahan itu dilakukan kira-kira jam 5 petang di pejabat KPDN, Seremban 2, pada 12 Ogos 2022.
Berikutan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 8 (4) (b) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah seksyen 22 (2) akta sama.
Tertuduh juga selaku pemegang lesen borong juga didapati melanggar Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu memiliki barang kawalan berjadual jenis minyak masak melebihi had 50 tan metrik.
Kesalahan itu dilakukan pada jam 11.15 malam di Premis Perniagaan Rimba Merpati Sdn Bhd di Kawasan Industri Sinar Andalas, Senawang di sini, pada 11 Ogos 2022.
Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Seksyen 22 (4) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun pada prosiding 7 Jun lalu Muhammad Faisal yang diwakili peguam Nasuha Badruldin dan Indran Kumaraguru memaklumkan kepada mahkamah akan mengemukakan representasi.
Ia kemudiannya dihantar pada 28 Jun lalu dan keputusan sepatutnya diperolehi pada 20 September lalu.
Bagaimanapun pihak pendakwaan sebelum ini memaklumkan masih belum menerima representasi daripada Azizul dan telah meminta mahkamah satu tarikh baharu bagi membolehkannya meneliti kedua-dua representasi secara holistik. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Nov 01 2023

Muhammad Faisal (tengah) ditemani rakan-rakannya ketika hadir ke mahkamah. - Gambar/ Sinar Harian

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Pindaan Akta 711 beri lebih perlindungan kepada pelapor salah laku – KRPPM
Pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) bakal memperkasa pemberi maklumat untuk melaporkan salah laku kepada agensi penguatkuasaan.

Perhimpunan di Sabah: Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan - KPN
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Februari 2025.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

SPRM main peranan aktif dalam pindaan Akta Perlindungan pemberi maklumat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan aktif dalam usaha meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) yang kini di peringkat sesi libat urus.

Rayuan AG untuk ketepikan kebenaran Rosli Dahlan mulakan semakan kehakiman ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang beri kebenaran kepada peguam Rosli Dahlan untuk memulakan semakan kehakiman terhadap PDRM, Imigresen dan kerajaan.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Januari 2025.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.