KUALA LUMPUR: Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) meletakkan Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Pengerusi AFPPD Malaysia, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata negara ini dianggap sesuai untuk menjadi tuan rumah kepada badan antarabangsa itu, yang dianggotai 30 negara di seluruh dunia.
"Hasrat itu diutarakan oleh Pengerusi AFPPD, Profesor Keizo Takemi kepada saya selaku Pengerusi AFPPD Malaysia, semasa Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Ke-96 AFPPD dan Jawatankuasa Tetap AFPPD Mengenai Penuaan Aktif sempena Persidangan Antarabangsa Kependudukan dan Pembangunan (ICPD) yang diadakan di Tokyo, Jepun.
"Selain menyaksikan penglibatan aktif Malaysia dalam AFPPD, Malaysia dianggap sesuai untuk menjadi tuan rumah kepada badan antarabangsa itu kerana lokasi yang strategik serta kestabilan geopolitik kita di Asia.
"Hasrat yang diketengahkan di forum antarabangsa ini jelas membuktikan kecekapan tinggi dan keterlibatan aktif Malaysia dalam menyumbang kepada agenda global," katanya yang mengetuai delegasi Malaysia di ICPD, dalam satu kenyataan hari ini.
Lima lagi delegasi ialah Ahli Parlimen Ipoh Timor Lee Chuan How yang juga Timbalan Pengerusi AFPPD Malaysia; Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa; Chiew Choon Man (Miri), Isnaraissah Munirah Majilis@Fakharudy (Kota Belud) dan Dr Halimah Ali (Kapar).
Menjelaskan lanjut, Alexander berkata, AFPPD adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan serantau yang komited untuk melaksanakan agenda populasi dan pembangunan khususnya Program Tindakan sempena persidangan antarabangsa mengenai penduduk, pembangunan dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Mengenai persidangan ICPD, Alexander berkata, ia dianjurkan oleh The Asian Population and Development Association (APDA) dan The Forum of Arab Parliamentarians on Population and Development (FAPPD).
Forum itu turut menyaksikan penyertaan negara lain seperti Jepun, Korea, Kazakhstan, Iraq, Iran, Mesir, China, Kemboja, Bahrain, Algeria, Vietnam, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Tunisia, Thailand, Syria, Sri Lanka,
Filipina, New Zealand, Australia, Singapura dan Maghribi.
Dengan tema, ‘Leaving No One Behind In An Aging World’, forum itu menyediakan platform kepada semua Ahli Parlimen dari negara peserta melibatkan diri dalam siri perbincangan bermanfaat dan pertukaran pandangan mengenai dasar dan strategi dalam menjaga hak dan kesejahteraan belia serta warga tua.
Mengulas lanjut, Alexander berkata, sebagai sebuah negara yang komited kepada prinsip keterangkuman dan ekuiti, Malaysia mengiktiraf kepentingan menangani cabaran unik kesan peralihan demografi, terutamanya penduduk yang semakin menua.
"Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengunjurkan Malaysia akan menjadi negara yang semakin menua menjelang tahun 2030 dengan 15 peratus penduduknya akan terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
"Ini berpotensi menjejaskan pembangunan negara, kerana sebahagian besar penduduk akan bersara dan memerlukan lebih tumpuan kepada penjagaan.
"Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk memperkasa warga emas Malaysia serta menggalakkan penuaan secara sihat.
"Sehubungan itu, dalam ucapan yang disampaikan di forum berkenaan, saya telah menegaskan pendirian Malaysia dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital yang memainkan peranan penting dalam memperkasakan warga emas serta menyokong penuaan yang sihat termasuk di Malaysia.
"Melalui program yang dijalankan oleh pelbagai kementerian termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Ekonomi, penggunaan AI dan teknologi digital dilaksanakan untuk membuat penambahbaikan perkhidmatan kepada warga emas .
"Ia tidak hanya terhad kepada meningkatkan struktur fizikal, namun turut memanfaatkan pendigitalan dan teknologi dalam penyediaan pelbagai perkhidmatan kepada semua orang tanpa mengira mobiliti," katanya.
Beliau berkata, kemajuan dalam teknologi akan membantu meningkatkan taraf hidup yang holistik merangkumi penjagaan kesihatan, perlindungan sosial, inisiatif pemerkasaan untuk warga emas, menangani isu penjagaan kesihatan dan menggalakkan penuaan yang aktif.
Katanya lagi, sempena sambutan ulang tahun ke-30 ICPD, Malaysia komited dalam dedikasinya untuk membangunkan hak dan maruah setiap individu, tanpa mengira usia.
"Menerusi kerjasama dengan rakan serantau dan antarabangsa melalui platform seperti Mesyuarat Ahli Parlimen AFPPD, Malaysia mengesahkan komitmennya untuk membina dunia yang lebih inklusif dan responsif terhadap usia," katanya.
Astro Awani
Wed Apr 24 2024

Alexander berkata Malaysia dianggap sesuai untuk menjadi tuan rumah kepada badan antarabangsa itu, yang dianggotai 30 negara di seluruh dunia.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.