BUTTERWORTH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff dari parti Pas yang mengalami keradangan dalam perut dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini, dilaporkan stabil.
Menurut jurucakap pusat khidmatnya, Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Nibong Tebal itu masih memerlukan rawatan dan rehat yang mencukupi dan tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.
Nor Zamri atau dikenali ‘YB Abang Zam’ sebelum ini ditidurkan bagi mendapatkan rehat yang mencukupi.
"Keadaan kesihatan YB Abang Zam stabil dan masih menerima rawatan rapi. Atas nasihat doktor, tidak dibenarkan melawat buat masa ini bagi memberi ruang yang cukup untuk berehat."
"Marilah sama-sama kita mendoakan kesembuhan segera dan kesihatan yang baik untuk Abang Zam, supaya boleh terus berkhidmat untuk rakyat, " kata jurucakap berkenaan .
Terdahulu, Nor Zamri dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya dua hari lalu kerana sakit di bahagian perut dan kini ditidurkan selepas doktor mendapatkan kebenaran ahli keluarga.
Kali terakhir beliau berkongsi aktiviti di media sosialnya adalah empat hari lalu iaitu jemputan menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sungai Bakap selepas beliau mengalami sakit perut dan telah ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya.
Nor Zambri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu May 02 2024

Nor Zamri yang mengalami keradangan dalam perut dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seberang Jaya dilaporkan stabil.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

ADUN Sungai Bakap meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.

Berita ADUN Sungai Bakap kritikal tidak benar - Pas Pulau Pinang
Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff menafikan dakwaan mengenai keadaan terkini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff yang dikatakan sedang kritikal.

ADUN Sungai Bakap stabil, masih di ICU
'YB Abang Zam' masih memerlukan rawatan dan rehat yang cukup serta tidak dibenarkan menerima pelawat buat masa ini.

ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.