MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu bermula Januari tahun depan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Ahli Pentadbiran dan Dewan Negeri (Saraan) Pindaan 2023 hari ini.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usul berkenaan dikemukakan selepas semakan saraan terakhir bagi Ahli Pentadbiran dan Dewan Negeri dibuat pada 2015, selain Melaka berada pada kedudukan ke-11 daripada 13 negeri yang menerima bayaran saraan terendah menerusi Bayaran Gaji dan Elaun Tetap Bulanan Ahli Dewan.
"Hal ini menunjukkan bahawa 10 DUN di Malaysia telah pun menaikkan kadar bayaran saraan baharu untuk Ahli-Ahli Yang Berhormat masing-masing.
"Justeru, kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan untuk menaikkan Gaji dan Elaun Tetap Bulanan Ahli Dewan menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 1 Nov lepas yang bersetuju meluluskan kadar saraan baharu bagi ADUN," katanya ketika membentangkan usul berkenaan pada sidang DUN Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata pindaan yang dilakukan ialah terhadap Seksyen 3 untuk menaikkan bayaran Elaun Tetap Ahli Dewan daripada RM9,000 kepada RM12,000, Seksyen 4 untuk menaikkan saraan Speaker Lantikan Dari Kalangan Ahli Dewan daripada RM7,000 kepada RM11,000 dan Speaker Bukan Lantikan Ahli Dewan daripada RM8,000 kepada RM11,000.
Ab Rauf berkata kedua-dua jawatan Speaker itu juga diberikan Elaun Ahli Dewan sebanyak RM12,000 berbanding RM9,000 ketika ini.
Dalam usul sama, turut dikemukakan ialah pindaan terhadap Seksyen 4A untuk menaikkan saraan bagi Timbalan Speaker daripada RM3,000 kepada RM4,000 selain Seksyen 6(1)(a) bagi menaikkan saraan Anggota Pentadbiran bagi Ketua Menteri kepada RM18,000 berbanding RM15,000 ketika ini.
Hal itu juga melibatkan pindaan terhadap Seksyen 6(1)(b) untuk menaikkan saraan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) daripada RM7,000 kepada RM8,000.
Selain itu, di bawah Seksyen 11A ada menyatakan mengenai Elaun dan Keistimewaan Bagi Pegawai Tertentu iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri sebagai ahli rasmi MMKN, boleh sebagai tambahan kepada gaji yang diterima dan elaun dinikmati mereka sebagai pegawai awam, diberi apa-apa elaun lain dan keistimewaan seperti ditentukan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa iaitu dinaikkan daripada RM8,250 kepada RM9,250 sahaja.
"Di samping itu, saya dengan sukacita juga mengumumkan bahawa kenaikan saraan ini turut diberikan kepada 123 pesara ADUN yang berpencen sama ada mereka yang menerima pencen atau pencen terbitan.
"Semua pesara ini akan menerima kenaikan pencen mengikut perkiraan tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi penyelarasan bayaran pencen masing-masing," katanya.
Ab Rauf berkata kenaikan saraan berpencen ini melibatkan tambahan peruntukan berjumlah RM3,470.333.28 setahun dengan menggunakan peruntukan di bawah B02 Dewan Undangan Negeri, T02 Peruntukan Speaker Dewan Undangan Negeri dan T04 Pampasan dan Ganjaran, DUN Melaka dan B03 Jabatan Ketua Menteri.
Beliau berkata pecahan tambahan peruntukan yang diperlukan membabitkan jumlah RM1.284 juta bagi 32 Ahli Pentadbiran dan Dewan Negeri yang masih dalam perkhidmatan dan RM2,186,333.28 bagi Ahli Dewan yang telah berpencen.
Katanya, dengan kadar baharu ini, kerajaan negeri berharap ia dapat memastikan kebajikan ADUN terpelihara di samping membantu membiayai kos kehidupan mereka selepas bersara.
Usul berkenaan kemudiannya disokong oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin dan dibahaskan Ketua Pembangkang DUN Melaka Dr Mohd Yadzil Yaakub (PN-Bemban) dan Datuk Khaidhirah Abu Zahar (BN-Rim).
Usul kemudiannya disokong 26 ADUN termasuk dua wakil pembangkang, manakala dua ADUN tidak hadir persidangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Ab Rauf berkata usul berkenaan dikemukakan selepas semakan saraan terakhir bagi Ahli Pentadbiran dan Dewan Negeri dibuat pada 2015. - Gambar fail
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ADUN Melaka naik gaji bermula Januari 2024
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu bermula Januari tahun depan.

DAP jangan sekongkol dengan empat ADUN atau sokong jadi KM - MP Kota Melaka
DAP tidak harus bersekongkol dengan empat ADUN tersebut atau lebih teruk lagi menyokong salah seorang daripada mereka untuk menjadi calon ketua menteri.

Kerajaan Melaka tumbang: Hubungan saya dengan mereka amat baik - Sulaiman
Tiga daripada mereka yang juga ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) juga tidak pernah menyuarakan sebarang bantahan atau provokasi pada setiap sesi mesyuarat.

Melaka bakal bertukar tangan?
Angin politik di Melaka kini mula bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).

ADUN Melaka positif COVID-19, semua program rasmi ditangguh
Kerajaan Negeri Melaka menangguhkan semua program rasmi membabitkan pemimpin-pemimpin kanan negeri, selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu disahkan positif COVID-19.