ALOR SETAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini bersetuju memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu Abd Nasir Idris dan Setiausaha Pas Kedah Musoddak Ahmad sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) yang baharu bagi mewakili negeri itu.
Pemilihan itu dicadangkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi menggantikan Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Ahmad Yahaya dan bekas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz yang meletakkan jawatan Senator pada 1 Nov tahun lepas.
Speaker DUN Kedah Datuk Juhari Bulat ketika mengumumkan pilihan itu berkata beliau telah menerima surat persetujuan yang ditandatangani Abd Nasir dan Musoddak.
Beliau berkata mengikut kehendak Jadual Ketujuh Perlembagaan Malaysia, DUN Kedah yang bersidang pada hari ini bersetuju memilih kedua-dua mereka menjadi Ahli Dewan Negara mulai 20 Mac 2023.
"Bagi pihak Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas pemilihan Yang Berhormat Tuan Haji Abd Nasir bin Idris dan Yang Berbahagia Encik Musoddak bin Haji Ahmad sebagai Ahli Dewan Negara bagi negeri Kedah Darul Aman, mulai 20 Mac 2023.
"Semoga mereka akan berada dalam keadaan sihat untuk terus berkhidmat bagi membangunkan negara Malaysia dan negeri Kedah Darul Aman tercinta ini, Dewan yang mulia ini dan seluruh rakyat negeri menaruh harapan yang tinggi kepada Yang Berhormat berdua," kata Juhari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Abd Nasir (kiri) dan Musoddak (kanan) dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) yang baharu. - Gambar fail

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

ADUN Bayu, Setiausaha Pas Kedah dipilih jadi Senator
Persidangan DUN Kedah bersetuju memilih ADUN Bayu Abd Nasir Idris dan Setiausaha Pas Kedah Musoddak Ahmad sebagai Senator.