IPOH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sukar mengambil tindakan ke atas pemandu atau penunggang p-hailing ekoran kebanyakan aduan yang diterima tidak lengkap, kata Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Aedy Fadly Ramli.
Beliau berkata tindakan saman boleh dilaksanakan dengan lebih efektif, jika orang ramai mengemukakan bukti kukuh seperti rakaman video atau gambar, nombor plat, masa dan tempat kejadian, bagi memudahkan penguatkuasaan dilaksanakan, termasuk saman bagi kesalahan berkaitan trafik dan lain-lain lagi.
"Kebanyakan aduan yang kami terima terutamanya di media sosial ialah penunggang atau pemandu p-hailing melanggar lampu isyarat atau melalui laluan bertentangan dengan aliran trafik di jalan sehala.
"Apabila ada bukti kukuh yang jelas, kami akan menjalankan siasatan dan apabila kesalahan itu telah terbukti, kami akan saman," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan operasi khas Ops Patuh COVID-19 di Jalan Tasek, yang turut disertai Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan di sini semalam.
Sementara itu, Aedy Fadly berkata setakat ini, enam kompaun berjumlah RM36,000 dikeluarkan JPJ Perak ke atas bas kilang pekerja yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Menurutnya antara kesalahan yang dikenal pasti ialah membawa penumpang melebihi kapasiti 50 peratus, tidak menyediakan kod QR aplikasi MySejahtera dan tiada alat pengimbas suhu.
Dalam pada itu, beliau berkata dalam operasi khas selama kira-kira dua jam itu, yang berakhir 12 tengah hari semalam, sebanyak 64 notis kesalahan direkodkan antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans, gagal mempamerkan pelekat kenderaan P dan L serta cermin gelap.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Setakat semalam, enam kompaun berjumlah RM36,000 dikeluarkan JPJ Perak ke atas bas kilang pekerja yang gagal mematuhi SOP COVID-19.
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.
JPJ laksana Operasi Khas Motosikal, tumpu lapan kesalahan utama
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal 2024 di seluruh negara selama dua bulan bermula hari ini.
Pembidaan NPI Siri MADANI rekod kutipan RM2.62 juta - JPJ
Pembidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri MADANI yang dibuka pada 19 hingga 23 Okt lepas berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM2.62 juta, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja
JPJ buka bidaan siri nombor plat 'MADANI' hingga Rabu ini
Proses bidaan ini dilakukan melalui Sistem JPJeBid.
MOT terima 243 permohonan program peralihan lesen kelas B
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah menerima sebanyak 243 permohonan bagi pendaftaran Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kelas B1 dan B2 kepada kelas B (motosikal berkuasa tinggi).