MELAKA: Polis Melaka menahan pasangan adik beradik, dipercayai terlibat kegiatan penipuan pembelian dalam talian termasuk penjualan lampin pakai buang kanak-kanak, melibatkan kerugian sebanyak RM3.29 juta.
Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata suspek yang merupakan abang berusia 38 tahun dan adik perempuan berumur 36 tahun itu, ditahan di rumah mereka di Ayer Keroh pada 8 Mac lepas selepas siasatan dan risikan dilakukan hampir dua bulan.
"Tangkapan ini bersabit dengan laporan pada 2016 dibuat dua mangsa yang merupakan penjawat awam, telah tertipu dengan suspek bagi pembelian lampin pakai buang yang ditawarkan menerusi laman sosial Facebook, membabitkan kerugian kira-kira RM838,000.
"Suspek telah menyakinkan mangsa dengan menghantar bekalan pada awal penjualan, namun selepas beberapa transaksi dibuat mereka selalu memberikan alasan kehabisan stok sehingga mangsa merasa tertipu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Razali Abu Samah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt E Sundra Rajan.
Mengulas lanjut Abdul Majid berkata susulan laporan dibuat pada tahun berkenaan, kedua-dua adik-beradik yang licik itu telah menghilangkan diri dan berpindah randah ke beberapa negeri.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati kedua-dua suspek itu dipercayai terlibat dengan 75 kes penipuan di seluruh negara, dan aktif dengan aktiviti itu sejak 2005, selain menggunakan pelbagai modus operandi bagi menipu mangsa.
"Antara penipuan disyaki dilakukan adik beradik itu ialah urusan pembelian kereta, pembelian komputer riba tidak wujud, tipu perniagaan sewa kereta, tipu pakej pembelian telefon pintar dan pakej pelancongan, selain tipu pembelian jongkong emas serta pembelian set aksesori motor.
"Hasil penahanan itu polis merampas tiga telefon bimbit dan sekeping kad keahlian parti politik yang tertera nama suspek dengan menggunakan gelaran Datuk," katanya.
Beliau berkata suspek utama di reman empat hari bermula tarikh ditangkap sehingga esok, bagi mengenal pasti penglibatan dalam kes-kes penipuan lain manakala suspek kedua yang berperanan sebagai pemilik akaun, diberi jaminan polis selama sebulan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam itu Abdul Majid berkata polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka juga menahan enam lelaki termasuk seorang Ah Long, dalam dua serbuan berasingan pada 1 dan 9 Mac lalu.
"Dalam serbuan pertama empat lelaki tempatan dan seorang warga negara China berusia lingkungan 35 hingga 40 tahun ditahan, dipercayai menjalankan kegiatan penipuan tawaran pekerjaan tidak wujud sejak Februari lepas, dengan menawarkan pekerjaan menjual tiket wayang yang menyasarkan mangsa di China.
"Manakala seorang lelaki berumur 32 tahun ditahan dalam serbuan lain, kerana dipercayai menjalankan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen dan wang tunai RM53,000 turut dirampas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022

Abdul Majid berkata suspek yang merupakan abang berusia 38 tahun dan adik perempuan berumur 36 tahun itu, ditahan di rumah mereka di Ayer Keroh pada 8 Mac lepas. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.

Penghantar barang ditahan bersama 41.28 kg dadah, 300 botol vape mengandungi ganja
Risikan lebih sebulan dilakukan terhadap pergerakan lelaki itu yang berperanan sebagai pengedar dadah di sekitar Melaka sejak awal 2023.

Wanita putus urat tangan dilibas pedang samurai
Seorang wanita putus urat tangan kiri selepas terkena libasan pedang samurai dalam kejadian cubaan samun di hadapan sebuah kedai dobi di Masjid Tanah, semalam.

Indeks jenayah di Melaka catat peningkatan - Zainol
Daripada jumlah itu, jenayah samun berkawan tanpa senjata api merekodkan peningkatan paling ketara iaitu 64 kes atau 113.3 peratus.

Deepavali: Masyarakat disaran isi borang balik kampung, VSP
Orang ramai juga boleh memaklumkan pergerakan meninggalkan kediaman dan premis melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol.

Polis Melaka tahan 12 individu terlibat penipuan dalam talian, rasuah polis
Polis Melaka menahan 12 individu terlibat aktiviti penipuan dalam talian termasuk seorang lelaki dipercayai pengurus kegiatan itu.

Lebih 81,000 kenderaan dijangka berada di Melaka sepanjang dua hari pertama Aidilfitri
Polis Melaka menjangkakan sebanyak 81,550 kenderaan berada di jalan raya di Melaka sepanjang tempoh dua hari pertama perayaan Aidilfitri.

Bilangan OKP di Melaka meningkat tahun lepas
Ia meliputi 932 orang di daerah Melaka Tengah, 654 orang di Alor Gajah dan 446 orang di Jasin.

PRU15: Pertindihan nama pengundi, Polis Melaka terima lima laporan
Polis Melaka membuka lima kertas siasatan berhubung dakwaan terdapat individu yang dihalang daripada membuat pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), hari ini.

PRU15: 46 permit kempen, satu kes khianat bendera parti lawan di Melaka
Satu kertas siasatan dibuka berhubung perbuatan khianat mencabut bendera parti lawan.