Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan terdapat beberapa sindiket besar daripada luar negeri Perak yang meneroka secara haram tanah di negeri itu.
Menurut beliau, sindiket itu bukan sahaja berani meneroka di kawasan sempadan dengan negeri lain seperti di Tanjung Malim, malah telah berani meneroka sehingga ke kawasan Sungai Tumbuh di Seri Iskandar.
Sambil menyatakan rasa dukacitakannya, Dr Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan sindiket seumpama itu yang menggunakan petani untuk melindungi kegiatan mereka.
Ujarnya, kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah pasukan khas yang turut dianggotai oleh pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pejabat tanah untuk mengatasi masalah pencerobohan haram di negeri itu.
"Ada yang beroperasi sampai 100 - 200 ekar, pergi membuat komplot bersama dengan kalangan tertentu di kawasan-kawasan tertentu dengan mencuri kayu balak.
"Lepas tu dah habis di tebang dan dibersihkan kawasan berkenaan, ditanam dengan samada kelapa sawit, mahupun sayur-sayuran dan sebagainya.
"Takkan kita nak biarkan kelompok-kelompok seperti ini, manakala rakyat yang susah yang sepatutnya mendapatkan hak-hak mereka dinafikan, tetapi mereka ang berselindung di sebalik atas nama petani-petani.
"Saya tidak akan membiarkan keadaan ini berlaku di negeri Perak," katanya pada sidang media selepas selesai persidangan Dewan Negeri di Ipoh pada Jumaat.
Sehubungan itu, Dr Zambry menyifatkan tuduhan pihak pembangkang kononnya kerajaan negeri langsung tidak membantu golongan petani di negeri ini adalah satu pembohongan besar.
Beliau memberitahu, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan negeri telah membantu menyelesaikan 44,000 isu petani yang melibatkan puluhan ribu ekar.
Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya memberi pengiktirafan kepada peneroka haram kerana ia menunjukkan contoh amalan yang tidak baik pada sebuah kerajaan.
"Terdapat di sana rakyat yang semua mengikut peraturan dan undang-undang, mereka tidak dapat manakala rakyat yang meneroka secara haram, boleh dapat," ujarnya.
Dr Zambry berkata, kerajaan negeri sentiasa mengkaji kawasan tertentu yang boleh dibantu, khususnya mereka yang telah meneroka terlalu lama tetapi tidak dapat diselesaikan kerana masalah teknikal.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Aug 21 2015

ZAMBRY: Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan sindiket seumpama itu yang menggunakan petani untuk melindungi kegiatan mereka.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

MAHB sambut baik keputusan kerajaan tidak jual LTSAAS
Zambry berkata, sokongan pihak kerajaan terhadap Malaysia Airports itu lebih mendalamkan lagi komitmen syarikat tersebut

Zambry mahu saman ADUN Aulong dakwanya terima 'derma' daripada pemaju tanah
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat keputusan itu selepas melihat rakaman visual sidang media Leow berhubung perkara itu.

Ada sindiket luar teroka tanah secara haram di Perak - Zambry
Menteri Besar Perak, mendedahkan terdapat beberapa sindiket besar daripada luar negeri Perak yang meneroka secara haram tanah di negeri itu.

Perak garis tujuh teras utama RMK11
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini membentangkan pelan pembangunan lima tahun bagi negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Bandar Teluk Intan akan tenggelam hanya khabar angin - Dr Zambry
Orang ramai diingatkan agar tidak terpedaya dengan sebarang khabar angin kononnya bandar Teluk Intan akan tenggelam, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Malindo Air nyata hasrat terbang ke Ipoh - Zambry
Katanya syarikat penerbangan itu juga akan melakukan penerbangan dari Ipoh ke beberapa destinasi lain.