Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan memulakan tindakan perundangan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Leow Thye Yih, yang mendakwanya menerima 'derma' daripada pemaju tanah di kawasan berkenaan.
Beliau membuat keputusan itu selepas melihat rakaman visual sidang media Leow berhubung perkara itu hari ini, yang menyaksikan ADUN terbabit mengulangi dakwaan itu di luar Dewan Undangan Negeri Perak.
"Saya memandang serius perkara ini sebab itu satu tuduhan yang keterlaluan walaupun dia menyatakan bukan dia kata. Dia kata orang kata, tetapi dia perlu bertanggungjawab dengan kenyataan itu.
"Dalam ucapannya, dia minta saya mengambil tindakan...untuk membuat satu kesimpulan bahawa kalau saya mengambil tindakan bermakna saya tak terima duit itu, kalau saya tak ambil tindakan bermakna saya telah terima duit itu.
"Bagi saya, dia menuduh saya menerima duit daripada pemaju perumahan untuk projek itu...ini adalah tuduhan yang amat serius. Saya akan saman dia," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.
Terdahulu, Leow dalam sidang medianya berkata beliau tidak akan menarik balik kenyataannya berhubung isu itu dan menunjukkan hansard yang mengandungi dakwaan berkenaan kepada media.
Berdasarkan hansard itu, Leow berkata: "Penduduk telah banyak kali meminta Menteri Besar Perak untuk campur tangan dalam isu ini tetapi permintaan itu tidak dilayan.
"Memandangkan hal demikian, penduduk-penduduk rasa beliau mungkin telah menerima banyak derma daripada pemaju...ini bukan dari mulut saya. Saya selaku ADUN Aulong hanya membawa apa yang dinyatakan oleh penduduk-penduduk," katanya.
Dalam pada itu, Zambry turut memperjelas isu membeli ruangan dalam akhbar atau media dalam talian oleh kerajaan negeri sepanjang persidangan DUN kali ini.
Menurutnya ia amalan biasa untuk menyalurkan maklumat daripada kerajaan negeri Perak berhubung sesuatu program, perayaan dan dalam kes ini, ia adalah mengenai Bajet 2016.
Zambry turut mengulas insiden ADUN Sitiawan Datuk Ngeh Koo Ham yang diarah keluar dewan dan digantung sehari daripada mengikuti persidangan DUN hari ini oleh Speaker Datuk Seri S.K.Devamany.
"Itu antara beliau dan Speaker... apa yang cuba saya lakarkan dalam ucapan saya ialah mengajak semua ahli dewan secara objektif dan konstruktif untuk membahaskan bajet ini tanpa dipengaruhi 'cognitive biased' iaitu penyakit minda yang tidak ada langsung nilai-nilai objektif dalam hujah, semuanya buruk sahaja atau tidak mempunyai penilaian baik dalam perbahasan.
"Saya tidak faham kenapa dia begitu terasa dengan konsep cognitive biased... saya tidak merujuk kepada sesiapa tetapi kalau dia terasa nak buat macam mana," katanya.
Menteri Besar itu berkata beliau mahu melihat objektiviti dalam persidangan dewan kerana semua ADUN akan membahaskan isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat bukan dengan menggunakan atau memutar belit fakta dalam sesuatu isu demi kepentingan politik.
Bernama
Thu Nov 19 2015

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat keputusan itu selepas melihat rakaman visual sidang media Leow berhubung perkara itu.

Serangan seksual: Hukuman penjara bapa dikurangkan kepada 10 tahun
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan agar lelaki itu menjalani hukuman sebatan sebanyak tiga kali.

Rossa buka warung, jual juadah berbuka puasa serendah 54 sen
Rossa membuka warung di kampung halamannya di Sumedang, menjual juadah berbuka puasa dengan harga murah, serendah 54 sen.
Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak akan diumum November
Kementerian Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak akan mengeluarkan senarai kursus ijazah sarjana muda yang terbabit dalam skim pendidikan tinggi percuma negeri itu pada November nanti.
STEM Catalyst-Raspberry Pi diperluas ke 130 sekolah rendah di Sarawak
Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, inisiatif STEM Catalyst-Raspberry Pi bertujuan untuk menarik minat lebih ramai pelajar dalam bidang berkenaan.
Jumlah penerbangan di Sarawak mencukupi - Kim Shin
Menteri Pengangkutan Sarawak,Datuk Seri Lee Kim Shin berkata penekanan diberikan kepada penambahan penerbangan jika diperlukan, di samping kawalan terhadap kadar tambang agar tidak membebankan penumpang.
AirBorneo bakal miliki pesawat ATR72-600
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.
SEB beri jaminan tiada ganggua elektrik ketika aidilfitri
Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata sebagai langkah intervensi awal, pihaknya turut mengaktifkan pelan kontingensi dengan memastikan sebarang gangguan dapat dipulihkan dengan pantas.

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN
Polis menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu.
ASEAN 2025 | 12 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
1. Tarif AS: Thailand dapat manfaat daripada perang perdagangan
2. Singapore Airlines larang guna, cas 'power bank' mulai 1 April
3. Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Zambry mahu saman ADUN Aulong dakwanya terima 'derma' daripada pemaju tanah
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat keputusan itu selepas melihat rakaman visual sidang media Leow berhubung perkara itu.